Transaction Declined

transaction declined
Transaction Declined. Ini masalah yang berlaku pada aku pagi ini. Hati dengan penuh bersemangat nak pakai prose child theme with genesis framework yang berharga 84.95 USD(RM274.72).

Aku pun apa lagi bukaklah website studiopress.com dan cari bahagian pricing. Proses pembayaran secara kad debit pun aku lakukan dengan segala maklumat telah diisi dengan betul. Setelah siap semuanya , butang payment ditekan. Beberapa ketika keluar error transaction declined. Aku pun close browser dengan sedikit kecewa sebab tak dapat beli child themes tu. Ingatkan transaksi tadi tu tak berjaya. Entah macammana hati aku boleh tergerak nak bukak maybank2u. Tetiba terkejut setelah login akaun tadi terlihat baki telah berkurangan sebanyak RM274.72.. Tengok pada transaction tu ada pembayaran yang aku buat melalui debit kad tadi.

Aku pun terus menghubungi pihak bank bertanyakan masalah tersebut. Pihak bank mengatakan transaksi tersebut telah berjaya. Waduh aku jadi bingung sebab transaksi dengan studiopress tak berjaya tetapi bank dah tolak duit menandakan transaksi itu berjaya. Pihak bank meminta aku menghubungi pihak studiopress tetapi aku tidak menerima apa-apa butiran tentang transaksi dengan studiopress.com. Tak de reference macammana nak hantar bukti. Pihak bank meminta aku tunggu sehingga besok untuk mengambil debit card history dan setelah itu diemailkan kepada pihak studiopress.com…

Masih pening kepala memikirkan,,,Korang ada idea atau pernah mengalaimya tak,,,kongsikan kalau ada..

 

Comments

    • says

      pihak bank bagi nasihat supaya hantar email bukti pembayaran kepada studiopress terlebih dahulu. Kalau tiada apa-apa jawapan dalam tempoh beberapa hari , bank akan buat sesuatu. jaminan balik dalam masa 16 hari hingga 45 hari..
      hatiputera recently posted…Eyriqazz vs Denaihati Top 5 wwMy Profile

  1. says

    tak pernah pulak jadi macam ni setakat nih..kalau ada akaun bank online boleh tgk transaksi kita kat history.

      • says

        Kena bukak akaun Paypal bro. Penting utk online transaction. Lepas bayar automatik Paypal generate digital receipt. Normally Paypal akan siding buyer, so kalau ada complaint dari buyer, merchant cepat2 settle kan takut akaun Paypal mrk kena ban. Anyway, mcm mana status skrg?