TNB Rugi Lagi RM224.7 Juta Suku Pertama 2012 Selepas Kerugian RM453.9!! IPP Terus Dibela

TNB Rugi Lagi RM224.7 Juta Suku Pertama 2012 Selepas Kerugian RM453.9! jadi, Tak menghairankan jika kakitangan TNB hanya “merasa” bonus 0.5 bulan buat pertama kalinya walaupun prestasi yang dihadapi TNB sekarang ini kurang teruk jika dibandingkan prestasi TNB sekitar akhir era 90 an.

Walaubagaimanapun, mungkin inilah harga yang perlu dibayar oleh mereka-mereka ini apabila melihat rekod kerugian TNB ketika ini,,,

  • TNB mula rugi teruk dek kerana tindakan Petronas yang tidak mahu jual lagi bahan bakar kepada TNB
  • Petronas lebih berminat menjual bahan bakarnya kepada Singapura kerana Singapura “mampu” bayar lebih

Menurut laporan Utusan Malaysia. Kerugian TNB yang terbaru adalah sebanyak RM224.7 juta.

Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengumumkan kerugian bersih sebanyak RM224.7 juta tempoh suku pertama berakhir 30 November 2011. Kerugian itu berpunca daripada peningkatan perbelanjaan operasi syarikat dari tahun ke tahun yang berpanjangan. – UTUSAN

kerugian tnb 2012 TNB Rugi Lagi RM224.7 Juta Suku Pertama 2012 Selepas Kerugian RM453.9!! IPP Terus Dibela

Walaubagaimanapun, Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dijangka kembali untung pada suku kedua tahun kewangan semasa apabila memperoleh wang perkongsian kos penjanaan elektrik sebanyak RM2 bilion daripada Petronas dan kerajaan.

Wang itu adalah kos tambahan sebanyak RM3.1 bilion yang perlu ditanggung secara sama rata oleh ketiga-tiga pihak termasuk TNB bagi menjana tenaga elektrik daripada bahan bakar alternatif (bukan gas) sehingga Oktober tahun lalu. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohammad Noh (gambar) berkata, Petronas telah membayar wang perkongsian tanggungan itu pada akhir bulan lalu manakala kerajaan dijangka membayar dalam beberapa bulan lagi.

Katanya, jumlah tanggungan perkongsian yang dibayar oleh Petronas akan diambil kira dalam keputusan kewangan untuk suku kedua berakhir Februari 2012. “Setelah kos tambahan penjanaan tenaga elektrik daripada bahan bakar alternatif dibayar sepenuhnya, TNB dijangka mampu kembali untung pada suku kedua tahun kewangan 2012, ” katanya selepas mengumumkan keputusan kewangan suku pertama TNB berakhir 30 November 2011. (Sumber : Utusan)




Pelik? Belum apa-apa lagi dah jangka untung? Kalau tiba-tiba pada waktu itu, harga gas naik mendadak, harga arang batu naik mendadak, dan nilai matawang terus merosot? Apa akan jadi dengan TNB pada waktu itu? Adakah TNB masih mencapai keuntungan seperti yang dijangkakan? Mungkin ada rakan-rakan TNB kita di sini yang boleh berkongsi maklumat tambahan?

Berdasarkan semakan kami di laman Khazanah Nasional :

TNB dimiliki 35% oleh kerajaan Malaysia
Petronas pula dimiliki 100% oleh kerajaan Malaysia.

Jikalau TNB berkongsi kerugian dengan kerajaan Malaysia dan Petronas sebanyak RM2 billion, bererti di sini duit kerajaan sebesar RM2,000,000,000 (RM2 billion) yang mana merupakan sumber dari kerajaan dan Petronas diberikan kepada TNB (untuk mengawal daripada rugi).

Sungguh “bagus” & bernasib baik pemegang saham TNB yang lagi 65% itu, yang seharusnya rugi tetapi kerugian itu akhirnya ditutup kerajaan Malaysia. Ia menjadi sesuatu yang boleh diterima jika 100% saham TNB dimiliki oleh kerajaan Malaysia. Dan satu lagi, IPP jugalah yang seharusnya berkongsi kerugian tersebut, bukannya rakyat Malaysia.
Kerugian TNB : Laporan Kos Operasi yang Ditanggung TNB

kerugian tnb TNB Rugi Lagi RM224.7 Juta Suku Pertama 2012 Selepas Kerugian RM453.9!! IPP Terus Dibela

Jikalau subsidi kepada rakyat Malaysia boleh ditarik semula, sekurang-kurangnya subsidi kepada IPP yang dimiliki taikun-taikun :

YTL Power Generation Sdn. Bhd. – Tan Sri Dato’ Seri Dr. Yeoh Tiong Lay (Pemain pertama yang menandatangani PPA dengan TNB)
Segari Energy Ventures Sdn. Bhd – Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
Port Dickson Power Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Powertek Bhd – Tan Sri T. Ananda Krishnan
Genting Sanyen Power Sdn. Bhd. – Tan Sri Lim Goh Tong

Kerugian TNB : Semakan kami di laman MalaysianInsider :

Tan Sri Ani Arope pernah menceritakan :

bagaimana dia dipaksa oleh kelompok dari EPU untuk beli dengan harga 16 sen
sedang Tan Sri Ani Arope (CEO TNB) hanya boleh menawarkan 12 sen
siapa “makan” lagi 4 sen itu? Ehem….

Subsidi kepada IPP pun mesti ditarik semula. Jikalau harga jual kepada IPP tidak boleh disentuh sekalipun, harap subsidi yang diberikan kepada kelompok IPP ini dengan menggunakan duit rakyat dipotong. Takkanlah kebal begitu sekali sehingga “mereka-mereka” ini tidak boleh disentuh?

Perjanjian IPP yang cukup berat sebelah dan tidak masuk akal  ini bermula dari tahun dari tahun 1993 sehinggalah sekarang masih lagi dipertahankan dan terus menekan TNB, Petronas dan juga rakyat Malaysia. Adakah lagi persoalan seperti ini akan berulang-ulang 1,2 tahun lagi & terus dibangkitkan tanpa tindakan yang drastik daripada pihak kerajaan?

Jualan TNB masih lagi pada paras yang stabil, tetapi apabila kos bahan melambung tinggi, akhirnya TNB yang dalam kerugian
Dan, selagi ada IPP ada, selama itulah TNB akan berhadapan dengan kerugian
Sehingga sampai satu masa, tarif elektrik akan dinaikkan untuk menampung kerugian TNB
Seeloknya TNB pergi balik ke LLN, biar kerajaan yang mengawalnya
Tidak mustahil, TNB juga mungkin akan dijual seperti mana yang dihadapi oleh Proton baru-baru ini jika masalah yang dihadapi oleh TNB tidak dtangani dengan segera

P/S : Selepas pilihan raya umum nanti, agaknya naik lah bil elekttrik

sumber :beritasemasa.com

• Meet the Author • Hati Putera


Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs


25 comments… add one

  • Mereka untung dan rugi…jangan rakyat pulak yg jadi beban nanti.
    Azman recently posted…Panggilan Untuk Kontest Pertama Blog http://www.azmanisma.comMy Profile

    Reply
    • mungkinkah tarif akan naik bila mereka mengalami kerugian,,,

      Reply
  • sbnrnya aku kurang faham, IPP ni sbnr nya apa dan mcm mana boleh kata berat sebelah, boleh x bagi rujukan utk aku baca, den x paham la yop
    Juan recently posted…Side Income 2012 | Passive Income – Perlu atau TidakMy Profile

    Reply
    • ipp ialah pengeluar tenaga bebas,ringkasnya macam nie la,,,IPP adalah pengeluar, TNB adalah pemborong dan rakyat adalah pengguna..kalau salah maaf yer,,

      Reply
    • Assalam…

      Betul la tu…

      TNB dipaksa beli dari IPP dengan harga yang tinggi…bertambah2 kaya la pemilik2 IPP.
      iza recently posted…Maafkan Aku, Makcik.My Profile

      Reply
  • TNB atleast dapat gak merasa bonus..MAS…sesen pun tarak..dah berbelas tahun tak de bonus since Tajudin Ramli pegang sampailah sekarang

    Reply
    • Kesiannya kat staff MAS tu erkk,,

      Reply
  • itu lah..x pasal2 lak rakyat kena tanggung wal hal perolehan kerajaan pun salah satu sumbernya pun dtg dr rakyat (byr cukai)
    Ibu Mifzal Arsyad recently posted…Seminggu Lagi Nak Mula KelasMy Profile

    Reply
    • sebab rakyat adalah pengguna,,,

      Reply
  • aku sikit pelik TNB boleh rugi. itulah hakikat yg kena terima.
    Denaihati recently posted…Selangor apa nak jadiMy Profile

    Reply
    • strategi marketing kot,,,mungkin untuk naikkan tarif pada masa akan datang,,,

      Reply
  • saban hari bill elektrik mmg semakin melambung-lambung.. so sbg rakyat kenalah bijak menggunakan elektrik spy bil elektrik tidak melambung.. elakkan pembaziran elektrik… kawal penggunaan elektrik..

    Reply
    • betul-betul,,,

      Reply
  • banyak sungguh "sampah tersorok bawah karpet"….
    dinar recently posted…Harga emas bakal cecah RM15,735My Profile

    Reply
  • Assalam….

    Paling menyedihkan, bonus tahun 2011 adalah yang paling sikit diterima.

    Dengar khabar, ada lagi IPP bakal dibina…sedangkan TNB ada janakuasanya sendiri dan mampu untuk tampung segalanya.

    bagaimanakah nasib TNB di masa akan datang?
    iza recently posted…Maafkan Aku, Makcik.My Profile

    Reply
    • nasib tnb ke nasib rakyat,,,

      Reply
  • itulah pentingnya tenaga nuklear disini..tapi masyarakat tak nak menerima perubahan ni..

    Reply
    • takut nuklear bocor

      Reply
  • Baru nak apply kje kat TNB :-P

    Opsss BTW td PNB dtg company bEe buat lawatan 5S ;)

    Reply
  • elektrik makin mahal , dah nak dekat 100 sebulan ni
    puanbee recently posted…Nak Bercuti Di PenengMy Profile

    Reply
  • rugi ker? hemm..
    titan recently posted…Intensif tunai dari Mamamurai.comMy Profile

    Reply
  • ini membuktikan, semua syarikat kecil atau besar boleh mengalami kerugian.
    ohcikgu recently posted…Pelajar wanita ugut PM dalam Facebook ditahanMy Profile

    Reply
  • kesian tnb.. camne la dorg nk hidup psnie..

    Reply

Berikan Pandangan Anda Di Sini!

Sila gunakan personal name sahaja semasa meninggalkan komen. Jangan menggunakan keyword yang anda target sebagai ganti nama kerana ianya seperti "spammy". Saya lebih suka jika anda meninggalkan komen menggunakan nama sebenar. Sekiranya anda ingin melakukan link building, sila submit artikel anda di http://bookmark.hatiputera.com

CommentLuv badge