TERBARU!!!Gaji SSM Baru 2012 – Tunggakan 3 Bulan Akan Mula Dibayar April Ini

TERBARU!!!Gaji SSM Baru 2012 – Tunggakan 3 Bulan Akan Mula Dibayar April Ini,gaji ssm baru 2012,jadual gaji ssm baru 2012,tunggakan gaji ssm baru – Diharapkan berita ini dapat mengurangkan tanda-tanya & penantian dikalangan kakitangan awam. Akhirnya desas-desus tunggakan berkenaan gaji SSM 2012 (baru) dilaporkan akan mula dibayar bermula bulan April depan.

Ramai yang mengharapkan tunggakan ini dapat diselesaikan secepatkan mungkin. Tapi biarlah realistik. Apatah lagi, ia baru sahaja diumumkan. Apatah lagi bahagian kewangan pun belum sign laporan untuk pembayaran gaji SSM 2012 (baru). Slip penyata gaji sudah pun keluar bukan? Jadi sekarang ini masih lagi gaji SSM (lama).

Gaji SSM baru 2012 – Tunggakan 3 Bulan Untuk Kakitangan Awam
jadual gaji ssm baru 2012

Menurut Sumber Rasmi Yang di Perolehi (Gaji SSM 2012-Baru) :

Sila Kira Gaji Semasa (tanpa PGT Januari 2012). Contoh??

  • Contohnya: P1T2 Gred N17 (Gaji 31.12.2011) RM 870.29 x 13% = RM 983.43
  • Jadi jumlah RM 983.43 adalah merupakan gaji yang akan dibayar pada bulan 4 nanti
  • PGT Tahunan akan didedahkan kemudian
  • Sumber yang kami perolehi setakat ini, unit kewangan dah memaklumkan di mana bulan 4 ini gaji 13% memang akan dibayar.
  • Pendapatan kakitangan awam dikira berdasarkan tiga perkara:

  • jadual gaji matriks
  • jadual gaji minimum-maksimum
  • kadar kenaikan gaji tahunan berdasarkan gred jawatan.
  • Selain itu SSM menggunapakai konsep ‘anugerah perkhidmatan cemerlang’ dan ‘anjakan gaji’ sebagai ganjaran yang diberikan kepada kakitangan awam berprestasi tinggi

    TERBARU!!!!!JADUAL GAJI BARU SSM 2012

    TERBARU!!!!!JADUAL GAJI BARU SSM 2012 | JADUAL GAJI BARU 2012 | ISU SSM TERBARU | SSM BARU 2012 | GAJI SSM TERBARU | Pasti ramai yang tercari-cari jadual gaji baru ssm 2012 selepas pengumuman perdana menteri pada 8 mac 2012 tempohari iaitu sbpa dimansuhkan. Di sini putera sediakan jadual gaji baru ssm 2012 untuk gred N17 jer. Tetapi perlu diingatkan ini hanyalah gambaran dan pengiraan putera sendiri dan bukan jadual gaji yang sebenarnya.Hanya untuk buat perbandingan sementara menunggu jadual gaji terkini yang akan dikeluarkan oleh JPA.

    Kotak yang berwarna merah ialah ialah tangga gaji yang menggunakan SSM LAMA(P1) dimana kenaikan gaji tahunan ialah 49.91 bagi gred 17.

    Kotak yang berwarna hijau ialah kenaikan 13% yang diumumkan oleh perdana menteri tempohari. Jadi ini bermakna gaji bagi T1 pada january 2012 selepas kenaikan 13% ialah 926.98.Pelarasan KGT dikira pada january 2012 , jadi ini bermakna jumlah gaji selepas kenaikan 13% iaitu 926.98 di tambah dengan kenaikan tahunan iaitu RM95 bagi gred 17 dan menjadikan jumlah gaji pada 2012 ialah 1021.98 sebulan.

    Kotak yang berwarna kuning ialah Kenaikan Gaji Tahunan mengikut tangga gaji, dimana KGT bagi gred 17 ialah RM 95 setahun.

    P/S: Jadi korang tengoklah kat mana gred gaji korang,,,tetapi hanya gambaran dari putera jer.

    480,000 Guru Bakal Terima Durian Runtuh


    Kira-kira 480,000 golongan guru dijangka menerima durian runtuh hasil penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

    Beliau berkata, kementerian masih lagi menunggu laporan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan pengumuman itu akan dibuat sebaik saja kementerian menerima maklum balas.

    Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, golongan guru merupakan satu pertiga daripada 1.4 juta penjawat awam di negara ini dan skala gaji baru itu disambut baik oleh Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia ( NUTP).

    “Sementara menunggu laporan itu, saya berharap para guru akan terus memberikan komitmen dan tanggungjawab sepenuhnya dalam tugas mereka,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program Jelajah 1Malaysia anjuran Wanita Umno di sini, Sabtu.

    Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa kakitangan awam akan menerima kenaikan gaji antara 7% hingga 13% di bawah SSM.

    Kerajaan memutuskan untuk membatalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) kerana ia mendapat kritikan meluas di kalangan kakitangan awam.

    Sebanyak 1,087 aduan dan beberapa memorandum turut diterima manakala 23 kesatuan dan pertubuhan menghantar kertas cadangan termasuk Cuepacs, NUTP, Pertubuhan Perubatan Malaysia dan Pertubuhan Akademik Malaysia.

    “Ini membuktikan kerajaan sentiasa menunaikan janji kepada rakyat dan bersedia mendengar pandangan mereka,” kata Muhyiddin.

    Di Kuala Lumpur, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam perancangan untuk memberi ganjaran kepada antara 60,000 dan 80,000 bekas anggota tentera yang tidak berpencen dengan insentif “sederhana”.

    “Terdapat cadangan untuk kumpulan bekas tentera yang akan diberi beberapa bentuk insentif.

    “Saya akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri tidak lama lagi untuk membincangkan perkara ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Personel Ex-Persatuan Diraja Batalion 1 Melayu di kem tentera Sungai Besi.

    Pada masa ini, Dr Ahmad Zahid berkata, kira-kira 100,300 pesara dengan sekurang-kurangnya berkhidmat selama 21 tahun layak mendapatkan pencen.

    “Kami akan mengkaji bagaimana untuk menyediakan dengan beberapa bentuk insentif kepada mereka yang berkhidmat kurang daripada 21 tahun,” katanya. – mynewshub.my

    TERBARU!!!! JADUAL GAJI TERKINI GANTIKAN STRUKTUR GAJI SSM


    TERBARU!!!! JADUAL GAJI TERKINI GANTIKAN STRUKTUR GAJI SSM ISU SSM TERBARU | dinamakan jadual gaji minimum-maksimum diperkenalkan untuk menggantikan struktur gaji Sistem Saraan Malaysia (SSM), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Jadual gaji yang diubah suai dan diperbaiki itu menyaksikan Kenaikan sebanyak RM80 hingga RM320 setahun bagi Gred 1 hingga Gred 54(KGT).

    Manakala kadar kenaikan gaji tahunan bagi JUSA dan ke atas adalah kekal menggunakan KGT SSM dengan diberi pelarasan mengikut peratusan yang ditetapkan.

    Kenaikan 13 peratus bagi kumpulan GRED 1 hingga GRED 54

    Pelarasan dibuat adalah berdasarkan Jadual Gaji Matriks Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pembatalan sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam hari ini.

    Pengumuman perkara tersebut dibuat oleh perdana menteri ketika berucap pada majlis perjumpaan khas bersama kira-kira 10,000 penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pagi tadi.

    Jadual seperti dibawah:-

    Kumpulan Pengurusan Dan Profesional (Gred 1 – 54) ialah 13%
    Kumpulan Gred Utama C,B,A ialah 9%
    Gred Turus 2 dan 3 ialah 8%
    Gred Turus 1 dan Ketua Setiausaha Negara ialah 7 %