Sinopsis Drama Ariana Rose

Sinopsis Drama Ariana Rose. Drama Ariana Rose akan bersiaran mulai 30 Disember 2013 ini diadaptasi daripada novel The Wedding Breaker hasil terbitan Karya Seni. Drama yang mengisi slot akasia di TV3 ini diarahkan oleh pengarah berwibawa iaitu Raja Alauddin Shah dan skrip oleh Sofia Rhyland. Drama ini akan bersiaran dari isnin hingga khamis mulai jam 7.00 malam. Rancangan ini juga boleh ditonton secara online melalui tonton.com.my

sinopsis drama ariana rose

Barisan pelakon drama Ariana Rose

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama Ariana Rose di slot aksia TV3 ialah :-

  • Keith Foo(Tengku Adam)
  • Nur Fathia(Ariana Rose)
  • Tasha Shilla(Tengku Juwita)
  • Nabila Huda(Lyana)
  • Hisyam Hamid(Harith)
  • Arja Lee(Shamsul)
  • Dato’ Jalaluddin Hassan(Dato’ Wan Jusoh)
  • Ziela Jalil(Datin Asra)
  • Mustapha Kamal(Tengku Mukhriz)
  • Jasmin Hamid(Tengku Marsela)
  • Liza Abdullah(Tengku Lisdania)
  • Rahim Omar(Tengku Sidin)
  • Wan Sharmila(Linda)
  • Syatilla Melvin(Sophie)
  • Baca sinopsis drama Ariana Rose

    Sedikit sinopsis drama Ariana Rose yang mengisahkan Ariana Rose yang telah menyamar menjadi kekasih Tengku Adam ketika majlis pernikahan antara Tengku Adam dan Tengku Juwita. Ariana telah bersetuju untuk berlakon kononnya dia sedang mengandungkan anak Tengku Adam demi membantu sahabat baiknya, Tengku Juwita agar perkahwinan itu tidak dapat diteruskan. Tengku Juwita tidak mahu berkahwin dengan Tengku Adam yang sememangnya terkenal dengan sikap playboy ataupun kaki perempuan.

    Hasilnya Pengakuan palsu Ariana Rose itu telah mengkucar-kacirkan majlis pernikahan tersebut sehingga perkahwinan Tengku Adam dan Tengku Juwita dibatalkan. Tengku Adam berang dengan keadaan yang berlaku kerana bukan sahaja reputasinya dipandang rendah malah maruah keluarganya turut tercalar ditambah pula beliau langsung tidak mengenali Ariana. Tengku Adam melakukan penyiasatan dengan mengupah pengintip upahan untuk mengetahui siapakah wanita yang telah melakukan pembohongan di majlis pernikahannya.

    Setelah berjaya mendapat maklumat tentang Ariana, Tengku Adam menculik Ariana dan membawa gadis itu ke Cameron Highlands. Tengku Adam cuba memaksa Ariana membuat pemeriksaan kehamilan. Namun, Ariana tetap bertegas dengan mengatakan Tengku Adam adalah bapa kepada anaknya kerana Ariana telah berjanji dengan Tengku Juwita untuk menyimpan rahsia mereka berdua walau apa pun terjadi.

    Ternyata Tengku Adam tidak berpuas hati. Kemudian dia terpaksa menggunakan cara kotor dengan meragut kesucian Ariana. Ariana menyesal dan akhirnya mengakui kebenarannya. Sejak itu Ariana Rose mula membenci Tengku Adam dan tidak pernah lagi bertemu lelaki yang telah memperkosanya.

    Selepas 2 bulan kejadian itu berlaku, Ariana meneruskan kehidupannya dengan melakukan kerja-kerja amal. Tanpa disangka, Tengku Adam adalah penyumbang terbesar bagi dana kebajikan di mana tempat Ariana bekerja. Ketika majlis amal tersebut diadakan Ariana Rose hadir bersama rakan sepejabatnya, Harith. Kemesraan mereka berdua telah menimbulkan rasa cemburu Tengku Adam.

    Tengku Adam mula menyukai Ariana. Namun, perasaan benci Ariana pada Tengku Adam tidak pernah berubah. Cara Ariana melayan Tengku Adam juga berbeza jika dibandingkan dengan layanan yang diberikan kepada Harith yang jauh lebih mesra. Tengku Adam bertambah hilang pertimbangan apabila Ariana turut mesra dengan bekas sahabat baiknya, Ramzul.

    Tengku Adam bermusuh dengan Ramzul kerana Tengku Adam tidak bertanggungjawab setelah mengandungkan adiknya, Lyana suatu ketika dahulu. Lyana juga kini kembali untuk mendapatkan cinta Tengku Adam semula. Liyana sanggup melakukan apa sahaja asalkan Tengku Adam hidup bersamanya. Lyana bertambah tidak keruan apabila cinta Tengku Adam pada Ariana makin mendalam. Tengku Adam pula rimas dengan kehadiran Lyana kerana baginya kewujudan Lyana membuatkan dia lebih jauh dari Ariana.

    Sementara itu, Ariana pulang ke kampung setelah diminta oleh ibu bapanya. Ibu bapa Ariana telah merancang untuk menyatukan Ariana dengan pemuda pilihan mereka. Tengku Adam mendapat tahu Ariana akan disatukan mengikut pilihan keluarga. Sebenarnya Tengku Adam tidak mahu kehilangan Ariana. Malah Tengku Adam yang selama ini penuh dengan sikap ego, akhirnya sanggup melutut dan merayu kepada Ariana Rose agar menerimanya sebagai suami. Apakah yang akan terjadi selepas itu? Ariana menerima pilihan orang tuanya ataupun mula tertarik dengan Tengku Adam yang sudah mula berubah menjadi baik?

    Demikianlah serba sedikit mengenai sinopsis drama Ariana Rose yang diadaptasikan dari novel #TheWeddingBreaker.
    Baca sinopsis drama Ariana Rose pun dah rasa macam best jer kan…

    Full promo drama Ariana Rose

    Selesai baca sinopsis drama Ariana Rose jangan tengok full promo di bawah ini pulak.

    Comments

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *

    You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

    CommentLuv badge