Semakan Matrikulasi 2013/2014

by Rossaimi Ramlan on 29 April, 2013

Semakan matrikulasi bagi seisi 2013/2014 telah dibuka bermula pada 25 April 2013. Calon-calon yang telah membuat permohonan matrikulasi sudah boleh membuat semakan bermula pada tarikh tersebut. Hanya pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2012 dan membuat permohonan sebelum 10 Oktober 2012 layak menyemak keputusan di laman sesawang yang tertera di bawah.

semakan matrikulasi

Cara Semakan Matrikulasi 2013/2014

Calon-calon boleh membuat semakan di talian telefon ataupun laman sesawang yang tertera seperti di bawah:-

Talian telefon pejabat ataupun bantuan – 03 8884 4083/4040/4036/4100 pada waktu pejabat bermula jam 4.00 petang.

http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/tawaran/

http://www.moe.gov.my

Semakan ini juga boleh dibuat melalui sistem pesanan ringkas(SMS)

Taipkan MOE<jarak>MAT<jarak>NO.KP dan hantarkan ke 15888

Contohnya : MOE MAT 970809016511

contoh semakan matrikulasi yang berjaya

Contoh semakan yang berjaya

Peringatan bagi calon yang berjaya dalam tawaran ke matrikulasi bagi seisi 2013/2014 di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia hendaklah mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen berkaitan untuk dibawa bersama semasa seisi pendaftaran di kolej nanti.Jadi pemohon-pemohon digalakkan menyemak tawaran melalui internet.

Rayuan semakan matrikulasi bagi calon yang tidak berjaya

Bagi calon-calon yang tidak berjaya, rayuan boleh dibuat bermula pada 25 April 2013 hingga 9 Mei 2013 di laman sesawang moe.gov.my. Rayuan yang diterima selepas 9 Mei 2013 akan ditolak.

Program matrikulasi yang ditawarkan

Antara program yang ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah sebagaimana berikut:-

1 – Program matrikulasi satu tahun(PST) dilaksanakan dalam dua semester bagi jurusan sains(aliran sains dan aliran teknikal) dan jurusan perakaunan.
2 – Program matrikulasi dua tahun(PDT) dilaksanakan dalam empat semester. Program ini hanya untuk jurusan sains(aliran sains sahaja). Jurusan perakaunan dan aliran teknikal tidak terlibat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang program yang ditawarkan dan memuatturun modul pengajian, sila layari laman sesawang di http://www.moe.gov.my/bmkpm/index.php

Tarikh pendaftaran matrikulasi bagi seluruh Kolej di Semenanjung Malaysia ialah pada 27 Mei 2013, Labuan di Sabah 19 Mei 2013 dan Sarawak pada 26 Mei 2013.

Apa yang saya harapkan semoga ramai pemohon akan menerima berita baik seterusnya dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Seterusnya dapat menabur bakti kepada bangsa dan negara setelah habis belajar nanti.

Bagi yang belum semak, masih ada masa lagi untuk membuat semakan matrikulasi bagi seisi 2013/2014.

Structured Data, Review
Title: Semakan Matrikulasi 2013/2014
Reviewed by hati putera on Apr 29
Rating: 5.0
Summary: Semakan Matrikulasi 2013/2014
Description: Semakan matrikulasi bagi seisi 2013/2014 telah dibuka bermula pada 25 April 2013. Calon-calon yang telah membuat permohonan matrikulasi sudah boleh membuat semakan

Artikel ini ditulis oleh...

– Saya telah menulis sebanyak 935 artikel di Hatiputera.

Nama saya ialah Rossaimi Ramlan. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Hubungi saya

Previous post:

Next post: