Ramadhan Al Mubarak

ramadhan al mubarak
Sekejap sahaja masa berlalu Ramadhan al mubarak semakin hampir. Rakan blogger dapat jemputan tentang ramadhan buffet 2012 tak? Kalau searching kat pakcik google , banyak sudah hotel sudah mula mengadakan promotion ramadhan buffet 2012. Tapi aku bukan nak bercerita tentang promotion tu sebab aku tak dapat pun , hanya sekadar mengingati sesama kita bahawa ramadhan sudah hampir tiba.

Ramadhan Hampir Tiba

Sekarang nie sudah bulan Syaaban dan sebelumnya adalah bulan rejab menandakan ramadhan al mubarak begitu hampir dengan kita. Bulan Ramadhan ini jatuh pada bulan Julai tetapi aku tidak pasti bila pulak tarikhnya. Pasti pembaca semua bergembira menantikan kedatangan bulan yang penuh rahmat ini.

Keistimewaan dan Kelebihan Ramadhan

Salah satu diantara keistimewaan dan kelebihan bulan Ramadhan ialah Dibukakan pintu syurga dan ditutup pintu neraka sebagaimana Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:

Apabila datangnya Ramadhan maka dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantaikan syaitan-syaitan.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

Pada Bulan Ramadhan juga diturunkan Al Quran untuk memberi petunjuk kepada sekalian manusia sebagaimana firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah – ayat 185 yang bermaksud,,,

Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan (menjelaskan di antara yang benar dan yang salah).

Sama-samalah kita menghayati kedatangan Ramadhan Al Mubarak

Marilah kita sama-sama memperbanyakkan amalan dan ibadat sempena kedatangan bulan Ramadhan yang tidak berapa lama lagi. Apa yang aku tuliskan kat sini adalah sebagai ingatan untuk diri aku sendiri dan juga sesama muslim. Apa yang baik itu datangnya dari allah dan apa yang salah itu datangnya dari kelemahan aku sendiri…Wassalam.

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Comments

  1. tehr says:

    masa terus berlalu
    moga2 aku sendiri tidak ketinggalan

  2. Moga2 ramadhan kali ini akan dpt kita sambut dgn penuh keberkatan

  3. wazy says:

    Insya Allah,semoga pada tahun ini kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih istiqamah

  4. suri says:

    bagai terasa bahagangnya saat ini rupanya saat ramadan sdg menanti utk d sejukkan halaman iman dan taqwa

  5. suri says:

    bersiap sedia utk bli brg sikit2 hee raya nnti tak sesak bangat heeee

  6. daddydee says:

    Bulan Ramadhan dah dekat kena la mula berjimat nak kumpul duit utk raya..

  7. yas says:

    tak lama dahhhh…….hehehe

  8. nuriz says:

    bila ramadhan makin hampir banyak promosi makanan, rancangan pulak byk masakan2 di kaca tv..hehe..padahal orang nak puasa nak diisi dengan ibadat2, byk kan amalan..tapi terbalik pulak. patut bulan puasa , kita berjimat tapi orang berasak nak beli bahan2 mentah di kedai makin meningkat..masa tu lah tokey kedai nak amik kesempatan..pelik kan

  9. persiapan diri..mental dan fizikal..dan perancangan ibadah kita.. :)

  10. persiapan diri sblum ramadahan..mental,fizikal dan perancangan ibadah.. :)

  11. Hafizul says:

    wahh tak saba rasanya untuk terawih..hehee

  12. chii says:

    kejap je masa berlalu kan..x sedar..ramadhan da semakin menjelang..

    iklan kurma YT pun da mula bersiaran di tv..ehehe..

  13. suri says:

    ada ambil waktu utk diet hee…jimat wang saku jua

  14. suri says:

    hari makin dekat sedar tak kita kena tenpuh juga dah hujungtahun rupanya

  15. ramadhan sudah hampir..inilah bulan ditunggu oleh umat nabi…:)
    jom baca entry terbaru budak felda..Mencuba Nasib dengan Google AdSenceMy Profile

  16. fiezaradzi says:

    menarik gambar kat atas tu.. ape pun, moga ramadhan kali ni bakal bertambah baik utk kita semua…
    jom baca entry terbaru fiezaradzi..Bila Takhta BertukarMy Profile

  17. walaupun lapar dahaga sewaktu berbuka
    kalau nengok gambor tu x termakan rasanya :)
    jom baca entry terbaru auc dot com..Kelantan vs Perak | Liga Super Malaysia 2012 | Keputusan TerkiniMy Profile

  18. Hafizul says:

    Terawih penuh la rakan blogger yer tahun ni..hahahaha..
    jom baca entry terbaru Hafizul..Pancing SEO Dengan Umpan Lagu Pondok KecilMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Blogged.my
Wordpress SEO Plugin by SEOPressor