PERMOHONAN MyKAD STRUKTUR BARU

Permohonan Mykad struktur baru – Diam tak diam setelah diperkenalkan sejak 3 Januari lalu permohonan mykad baru mendapat sambutan yang begitu menggalakkan , dengan permohonan mencecah 1,516,126 sehingga bulan lepas. Secara puratanya permohonan yang diterima dalam sehari sebanyak 21,000.Orang ramai boleh membuat permohonan bila-bila masa kerana ia tiada tarikh tutup dan juga tidak diwajibkan.

Petikan daripada satu sumber berkaitan permohonan mykad baru,,,

permohonan mykad baru
KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menerima sebanyak 1,516,126 permohonan daripada orang ramai untuk mendapatkan MyKad Struktur Baru sehingga bulan lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Tan Sri Mahmood Adam berkata, jumlah permohonan tersebut menunjukkan MyKad Struktur Baru yang diperkenalkan bermula 3 Januari lalu mendapat sambutan baik.


Pengeluaran MyKad Struktur Baru

ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai dan menerima peningkatan permohonan penukaran MyKad mendadak sehingga tiga kali ganda berbanding permohonan sebelumnya.

“Purata permohonan diterima sebanyak 21,000 permohonan sehari berbanding sebelumnya iaitu hanya 8,000 permohonan sehari,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mahmood berkata, hal itu bagaimanapun menyebabkan berlaku kelewatan dalam pengeluaran MyKad siap kerana kemampuan semasa untuk JPN menyiapkan MyKad sebanyak 8,000 sehari berbanding permohonan semasa mencecah 21,000 sehari.

Justeru, katanya, KDN bersama JPN mengambil langkah untuk mendapatkan bekalan tambahan kad mentah, mengadakan rundingan bagi mendapatkan bekalan tambahan mesin mencetak MyKad Struktur Baru dan melantik kakitangan tambahan untuk kerja percetakan MyKad.

Melalui usaha itu, katanya, JPN dijangka dapat menyelesaikan sepenuhnya tunggakan cetakan MyKad struktur baru sebanyak 419,078 kad pada bulan Julai 2012.

Sehubungan itu, tambahnya, KDN juga menjelaskan kepada orang ramai bahawa pertukaran MyKad struktur baru tidak diwajibkan dan ia merupakan perlaksanaan yang berterusan tanpa tarikh tutup.

“Oleh itu bagi individu yang masih memegang Mykad lama dan masih berfungsi, adalah disahkan bahawa MyKad tersebut masih sah diguna pakai untuk berurusan di semua agensi yang berkaitan,” katanya lagi.

P/S: Putera pun nak tukar jugaklah dalam masa terdekat ini,,,sebab mykad putera sekarang kekadang chip susah detect. Bagaimana dengan mykad pembaca semua,,,Susah detect tak chip nya,,,,

Hati Putera

Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge