Perancangan dan impian blogging

Perancangan dan impian blogging. Setiap blogger pasti mempunyai perancangan dan impian blogging yang unik dan tersendiri. Seperti juga aku mempunyai pelan dan matlamat yang tersendiri , kalau tidak masakan aku boleh bertahan hampir setahun menulis artikel di blog picisan ini. Terima kasih diucapkan kepada eizil.com kerana menganjurkan contest seperti ini, dapatla juga aku dan rakan blogger lain menulis tentang hala tuju sebuah blog dalam menempuh cabaran akan datang. Boleh baca artikel Pengalaman Blogging untuk mengetahui bagaimana aku bermula. Jom kita lihat perancangan dan impian aku dalam masa 3 tahun dari sekarang.

Perancangan dan impian hatiputera tahun 2012

Sejak mula menulis di blog secara rasmi lebih kurang sembilan bulan yang lalu , aku dah ada perancangan dan impian yang ingin aku capai menjelang penghujung 2012 ini. Perancangan aku sebelum melewati tahun 2012 ialah blog ini mesti berganjak dari PR0 ke PR1 dan juga jugak alexa ranking berada di bawah 200,000 untuk global. Alhamdulillah nampaknya sebelum akhir 2012 ianya telah dapat aku capai walaupun kekadang alexa ranking menunjukkan keadaan yang tidak menentu. Agaknya ini adalah keadaan biasa bila ranking dah mencecah bawah 200,000 .

Perancangan dan impian aku tahun 2013

Sepertimana tahun 2012, perancangan dan impian aku bagi tahun 2013 ialah hanya berkisar google page ranking dan juga alexa ranking. Apa yang dirancang untuk tahun 2013 ini agar blog ini mendapat pengiktirafan PR2 dari google dan alexa ranking di bawah 150,000 hingga 100,000. Untuk mencapai impian ini , aku perlu melakukan sesuatu lebih dari apa yang dilakukan pada tahun 2012. Antara faktor yang perlu aku ambil berat untuk mencapai impian tersebut ialah akan cuba melakukan blogwalking sebanyak 100 blog sehari ke blog yang mempunyai PR yang lebih tinggi dari blog ini . Boleh ke? Insyallah akan cuba sedaya upaya. Hasil dari pembacaan melakukan blogwalking ke 50 hingga 100 blog sehari boleh menurunkan alexa ranking. Betul ke?. Aku juga merancang untuk lebih belajar dan cuba memahami tentang teknik-teknik SEO agar blog ini boleh berada di google page hadapan dan tidak terlalu bergantung kepada referrer site. Kedudukan yang baik di search engine akan mampu meraih traffic organic yang memang diperlukan bagi sebuah blog. Dengan adanya traffic yang baik sudah tentu akan menjelmakan pendapatan sampingan tanpa dipaksa-paksa.

Blog PR 3 dan alexa ranking bawah 100,000 tahun 2014

Pada tahun 2014, impian diletakkan memang tinggi sebagaimana sub tajuk di atas ialah dapat PR3 dan alexa di bawah 100,000. Di harap pada tahun 2014 ini, blog ini sudah boleh menjana pendapatan yang berterusan sesuai dengan keinginan semua blogger dimana blog sebagai menjana pendapatan online. Apa yang perlu aku lakukan untuk mencapai impian tersebut ialah dengan mengikuti kursus-kursus berkaitan SEO dan juga internet marketing.

Perancangan aku yang terakhir ialah aku ingin blog ini terus mampu memberikan sumbangan kepada pengguna-pengguna internet dengan informasi-informasi yang berkualiti. Besarlah jugak harapan aku agar aku dapat mempunyai dan menggunakan themes yang mengikut acuan aku sendiri seperti yang digunakan oleh denaihati.com dan eizil.com. Kalau boleh aku nak namakannya sebagai hatiputera wordpress themes. Harap ini dapat dicapai pada tahun 2015.

• Meet the Author • Hati Putera


Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs


39 comments… add one

  • perancangan jangka panjang yang kelihatannya disusun dengan baik.. saya doakan bro berjaya.

    Reply
    • terima kasih bro.
      hatiputera recently posted…Perancangan dan impian bloggingMy Profile

      Reply
      • Wah.. join gak yer.. good luck.. :)

        Reply
        • join untuk cari pengalaman bro.

          Reply
          • Ya betul pegalaman tu yg berharga…Semoga berjaya ya…insyaallah

  • Tercapai atau tidak perkara kedua, paling penting kita ada sasaran dan berusaha sebaik mungkin untuk mencapai apa yang dikehendaki. Good luck bro!
    shraqs recently posted…Peluang Dapatkan Akaun MaxCDN 1TB PercumaMy Profile

    Reply
    • kalau tak dapat sepenuhnya pun janji dapat paling hampir dah kira ok.

      Reply
  • bagus perancangan kau ni.. tapi bab target 100k kebawah utk cik lixa tuh
    insyaAllah brother.. rajin update selalu sure dapat punya utk next year
    2013.. potong jali woooo
    nurmisnan recently posted…Wordless Wednesday #60My Profile

    Reply
    • 2013 impian ingin capai dari 100,000 hingga 150000 bukannya bawah 100000 bro.hehehe

      Reply
  • biasanya kalau betul dgn perancangannya pasti akan berjaya nanti..
    auc recently posted…Bajet 2013 | Live StreamingMy Profile

    Reply
    • harap-harap jadinya betul auc. Jangan dia melencong jer.

      Reply
  • Harapan dan impian yang positif. Mudah-mudah tercapai hajat itu.. Aminn…

    Reply
    • semoga diperkenankan.

      Reply
  • Blog aku sendiri masih PR1 dan alexanya juga masih gendut, moga2 ditahun depan bahkan sebelum itu blog kita sudah mencapai target ya mas bro ?!
    Happy blogging :D
    Ramzi recently posted…Cara Membuat Dan Memasang Artikel Terkait / Related Post Disertai LogoMy Profile

    Reply
    • Pelan-pelan mas ramzi. Insyallah akan tercapoai jugak akhirnya kalau ada kesungguhan.

      Reply
  • Good luck , walau apa pun perancangan kamu ..insyallah usaha berterusan semua boleh berjaya ..
    puanbee recently posted…Banding harga iPhone5 murah di Malaysia di siniMy Profile

    Reply
    • Terima kasih puan bee kerana memberi semangat untuk saya terus berblogging.

      Reply
  • perancangan yang tersusun rapi insyallah akan tercapai dgn usaha yang gigih…good luck sama2 kita menuju puncak :)
    budak felda recently posted…Video Highlights : West Brom vs Liverpool 1-2My Profile

    Reply
    • Harap kita sama-sama sebaris tiga tahun akan datang.

      Reply
  • insyaAllah segalanya mungkin. good luck dgn perancangan bro.
    Denaihati recently posted…Adam Dan Hawa video paling kontroversiMy Profile

    Reply
    • Terima kasih DH. Tunjuk ajar dan nasihat dari DH dan rakan blogger amat diperlukan

      Reply
  • Semoga perancangan dan impian berblogging hati putera dalam tempoh tiga tahun ini dapat menjadi kenyataan.. Amin…
    Anuar recently posted…Konvensyen Pakar Bisnes InternetMy Profile

    Reply
    • harap bro pun mencapai impian dalam tiga tahun ini.

      Reply
  • harapan yang dilaksanakan dengan usaha pasti berjaya
    all the best buat bro putera
    sop recently posted…Gigi susu Azfar telah tercabutMy Profile

    Reply
    • semoga aku tidak mudah jemu.hehe

      Reply
  • Jangan blog walking saja bro.., feed pun kasi share kat mana2 tempat, cepat sikit nak naik. ;)
    Malaysia Coin recently posted…Persatuan pengumpul wang lamaMy Profile

    Reply
    • Terima kasih bro. Boleh jelaskan sikit pasal share feed kat mana-mana tempat

      Reply
  • Masa aku belum guna domain cik alexia aku cecah gak 90K….tp cm biasa laa…bila tuka domain je automatik alexia aku menjunam…tp dgn apa yg ada sebelum ni la ni dh cecah 200K….pr pun dapat 3 balik…so aku cuma kena maintain je laa….
    Yas recently posted…Kisah Kehidupan-21 Tahun Hidup Dengan RantaiMy Profile

    Reply
  • semoga semua perancangan bro akan tercapai, good luck untuk contest ini juga.
    donnyien recently posted…Blog Dan PopularitiMy Profile

    Reply
  • perancangan kena ada .. baru semangat nak menulis kan?
    zool recently posted…Air cond kereta selamat diperbaikiMy Profile

    Reply
  • selalunya dalam apa jua yang kita lakukan perlu ada perancangan agar kita akan lebih bersemangat untuk mencapai sasaran tersebut..good luck dan semoga berjaya :)
    puteri kasih recently posted…Abdul Ghani Minhat Meninggal DuniaMy Profile

    Reply
  • InsyaAllah bro…kalau ada usaha, tak kan kemana la impian dan perancgn tu..semoga bro sukses selalu dan dapat capai apa yg di impikan..hehe..gud luck bro..
    Hafizul recently posted…Karnival Kesihatan @ Jerteh SouqMy Profile

    Reply
  • Semoga berjaya tuan.

    Impian itu perlu untuk berjaya…
    daddydee recently posted…Belanjawan 2013 : Pandangan SayaMy Profile

    Reply
    • terima kasih tuan.

      Reply
  • Dulu saya selalu harap trafik organic ja. Memang selalu trafik masuk pun organic. 60 peratus organic tapi sekali dah kena tukar algo, kena penalti, kena penguin dengan panda ni. Saya ambil pengalaman. Jangan terlalu main SEO. hehe

    Reply
  • ranking alexa memang susah sikit nak stabil..dulu masa saya tengah pregnantkan anak pertama, memang amalkan blogwalking ke banyak2 blog sebab banyak masa terluang…sekarangni memang tak sempat dah..
    bardboo recently posted…Bukan Cinta Muka BukuMy Profile

    Reply
  • Mudah-mudahan impain tersebut tercapai,amin..
    good luck
    wazy recently posted…Perancangan Untuk 3 Tahun Akan DatangMy Profile

    Reply
  • lu boleh. gua tahu lu boleh. :)
    titan recently posted…Orang Banting memang kacak belaka wehh..My Profile

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge