PENGUMUMAN GAJI MINIMUM

PENGUMUMAN GAJI MINIMUMPengumuman gaji minimum telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri beberapa jam tadi. Gaji Minimum telah ditetapkan sebanyak RM900 atau RM 4.33 Sejam bagi Semenanjung Malaysia manakala bagi Sarawak, Sabah dan Labuan telah ditetapkan pada RM800 atau RM 3.85 Sejam.Penetapan ini meliputi semua sektor pekerjaan swasta di negara ini kecuali bagi mereka yang terlibat perkhidmatan domestik pembantu rumah.

Tarikh kuatkuasa bagi gaji minimum itu ialah enam bulan dari tarikh perintah gaji minimum yang diwartakan. Bagi syarikat kecil tempoh itu telah dilanjutkan enam bulan lagi supaya mereka dapat melakukan persediaan yang secukupnya dan bersedia sepenuhnya supaya produktiviti perniagaan mereka tidak terjejas.

 

Comments