PENGGUNA MANGSA TEKNOLOGI

PENGGUNA MANGSA TEKNOLOGI – Teknologi pada masa sekarang bergerak terlalu pantas . Dengan fungsi yang begitu canggih dan amat memudahkan pengguna seharian , menyebabkan ianya berlumba-lumba cuba dimiliki oleh penggemar-penggemar gadget terbaru. Tetapi pada masa yang sama ramai yang mengeluh bilamana penggunaan gadget tersebut telah meningkatkan kos hidup berlipat kali ganda ekoran daripada kurang penjelasan mengenai cara pengiraan caj – caj data berkaitan internet tidak dipaparkan dengan jelas.

Sebagaimana yang dipetik dari mymetro,,,,

Ketaksuban orang ramai terhadap telefon pintar pada masa kini menyebabkan pengguna menjadi mangsa kepada teknologi itu sendiri.

Pengurus Kanan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), M Matheevani berkata, pada 2010 saja, sebanyak 3,102 kes telah dilaporkan membabitkan perkhidmatan alat telekomunikasi berkenaan yang mencetuskan pelbagai isu dan masalah kepada pengguna dan jumlah itu meningkat mendadak pada tahun lalu.

“Berdasarkan aduan, kami dapati antara masalah diadukan pengguna termasuk caj data Internet tidak dinyatakan secara jelas ketika langganan dibuat seperti perkhidmatan ‘roaming’ dan caj tambahan bagi web tertentu.

“Ada pengguna yang terpaksa menanggung sehingga RM20,000 melalui satu bil saja. Ini berlaku kerana mereka sendiri tidak menyedari sejauh mana penggunaan telefon pintar itu dan caj tambahan di sebaliknya,” katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Beliau berkata, sepanjang tiga bulan pertama tahun ini, bilangan kes yang diterima pihaknya membabitkan isu sama sudah pun mencecah kira-kira 200 aduan dengan purata kerugian setiap pengadu lebih tinggi berbanding kebanyakan kes lain sebelumnya.

Data NCCC juga menunjukkan isu telekomunikasi dan multimedia menduduki tangga teratas dua tahun berturut-turut kebelakangan ini dan tidak mustahil ia mempamerkan situasi sama tahun ini.

Katanya, perkara itu akan bertambah membimbangkan sekiranya tahap kesedaran pengguna mengenai penggunaan telefon pintar ini masih cetek dan tidak berhati-hati ketika menggunakan perkhidmatan ditawarkan syarikat telekomunikasi masing-masing.

“Pengguna seharusnya memastikan mereka memperoleh maklumat yang lengkap mengenai penggunaan data dan perkhidmatan telefon pintar mereka kerana kebanyakan kes ini berlaku berpunca daripada kecuaian sendiri,” katanya.

Comments

Tatacara komen di sini:

Please, hanya gunakan real name, bukan business name ataupun keyword. Semua komen akan dimoderate terlebih sebelum ianya kelihatan di blog ini. Komen-komen yang tidak menggunakan real name berkemungkinan akan didelete ataupun di mark sebagai spam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge