Pengalaman Blogging

Pengalaman blogging. Pengalaman blogging aku bermula lebih kurang pada tahun 2009 menggunakan platform percuma iaitu blogspot. Pada masa itu aku membuat blog memang tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menjana pendapatan. Keinginan ini datang secara tiba-tiba apabila melihat di carian google ramai yang bercerita tentang pendapatan lumayan melalui blog walhal pada masa itu memang buta blog langsung. Apa yang aku lakukan pada masa itu mengcopy artikel dari blog lain setelah melihat ramai pengunjung online di blog lain pada satu-satu masa. Blog aku pada masa itu siap ada lagu dan banyak aku letak siaran radio online.hahaha. Boleh dikatakan semua siaran radio aku letak. Pastu loading berat giler. Mana tahu pasal loading, unique vistor dan seo pada masa tu. Main belasah jer. Blogwalking pun tak pernah.

Pengalaman blogging secara rasmi bermula 2011

Gambar di atas adalah artikel pertama aku ketika berkecimpung secara rasmi di blogosphere pada tahun 2011. Masih menggunakan blogspot lagi , hanya pada awal tahun 2012 barulah menggunakan hosting dan domain sendiri iaitu hatiputera.com. Themes pertama yang aku setup ketika berhosting ialah Nom Nom Themes. Kenapa aku pilih themes tersebut? Jawapannya ialah kerana themes digunakan oleh blogger popular iaitu ariffshah.com, idola aku tu semasa mula mengenali dunia wordpress.org. Sejak itu aku mula mengkaji dan membaca setiap artikel dari ariffshah berkenaan dengan tips-tips blogging nie. Daripada beliau lah aku mula mengenali blog yang terkenal dengan tagline Hidupkan untuk memberi. Bermula dari situlah aku mula menyelidik dan membaca artikel-artikel diaorang sampailah sekarang.

Pengalaman blogging tentang SEO

Pengalaman aku tentang SEO hanyalah sedikit sahaja berbanding dengan blogger handalan yang lain. Sampai sekrang aku masih lagi mengamalkan penggunaan H1, H2 dan kadang-kadang H3 untuk setiap artikel. Ini dikatakan SEO on page. Dengan cara ini diharap blog picisan ini akan lebih mesra SEO. Alhamdulillah setakat ini , teknik yang aku gunakan bolehlah dikatakan berjaya untuk blog ini berpandukan kepada kedudukan entry sokongan di cabaran seo eyriqazz vs denaihati. Artikel Ranking Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati berada di page kedua google.com.my pada hari terakhir.

Semoga dengan berblogging ini, dapat mencapai tujuan untuk mengeratkan perhubungan sesama manusia, berkongsi maklumat disamping menjana pendapatan sampingan daripada pengiklan-pengiklan dan juga rakan-rakan blogger. Terima kasih diucapkan kepada eizil.com kerana menganjurkan contest yang hebat ini.

Hati Putera

Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs

34 Comments

  1. Hehehe..memang best la bila dah ada yang meminatikan..untung ariff shah..ooo ariff shah pun pakai themes nomnom jugak ekk…hehe..baru aku tahu..apa-apa pun, gud luck ya bro…contest eyriqazz dan menang secara tak rasmi kn..tahniah2…haha..aku tak tau apa itu seo on page..hahaha
    Hafizul recently posted…Pengalaman Membina Pondok KecilMy Profile

  2. mula2 buat blog memang Sya kopi pasta je, jumpa artikel yang menarik kat blog or website, ambil je. tapi tak banyak pun yang dikopi pastakan. sendiri pun suka membebel kat blog. hehe…

    apapun, hatiputera ni memang banyak kemajuan. otai ni.
    Sya Isya recently posted…GAMBAR PERASMIAN LEGOLAND MALAYSIAMy Profile

  3. Melihat pengguna blogspot tidak kurang hebatnya. Dengan hanya membeli domain mereka mampu berdaya saing dengan pengguna hosting berbayar.

  4. Saya baru pertama kali ngeblog ternyata sangat mengasyikkan..
    Teruslah berblogging dan membagi pengalaman kepada semua :)

  5. tahniah..moga terus maju dgn identiti tersendiri.

    kak jie pula yang makin lesu dan mendatar…. blogger menopause dah ni

  6. Semua pegalaman dashyat2, malu pulak rasa ngan entri sendiri. Anyway gud luck n all d best :)

  7. salam;
    kita berblog antaranya untuk menyumbang kepada mereka yg memerlukannya, sambil kita memenuhi minat dan kreativiti kta pada masa luang. wah bro rajin melakukan kajian dan belajar membuat ia berjaya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge