Pendapatan RM3,000 layak


NAJIB bersama-sama orang ramai menunjukkan simbol 1Malaysia semasa menghadiri program tinjau mesra di Jalan Bendahara, Melaka semalam.

ALOR GAJAH – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program Rumah Mesra Rakyat kini dikenali sebagai Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) dan kerajaan bersetuju supaya isi rumah dengan pendapatan maksimum sehingga RM3,000 layak memohon RMR1M berbanding RM1,500 sebelum ini.

Perdana Menteri berkata, beliau juga menetapkan supaya Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) membina 10,000 unit RMR1M tahun ini.

Program perumahan itu, katanya, membolehkan rakyat memiliki rumah berkualiti dan selesa serta kehidupan lebih bahagia.

“Semua Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia akan dibina dengan mengguna pakai teknologi Industrialised Building System (IBS) dengan keluasan binaan lebih besar tanpa melibatkan sebarang tambahan kos kepada pemohon,” katanya ketika melancarkan lapan model baharu RMR1M di Durian Tunggal sempena lawatan sehari beliau ke Melaka semalam. – kosmo

Hati Putera

Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge