Pelaburan Emas Atau Silver Mana Bagus?

Pelaburan emas atau silver mana bagus? Pasti ramai yang tertanya-tanyakan diantara pelaburan emas atau silver, mana yang lebih mendatangkan keuntungan. Berpandukan kepada historical graf di bawah didapati kenaikan harga silver dalam jangkamasa 10 tahun adalah lebih baik daripada harga emas. Keuntungan untuk emas pada akhir 2012 ialah 275.4% manakala silver ialah 315.2%

pelaburan emas atau silver

kenaikan harga emas dan silver dalam masa 10 tahun
Kredit : investorplace.com

Kebaikan dan keburukan pelaburan emas atau silver

Setiap pelaburan pastinya akan ada kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Pendapat HP tentang pelaburan silver di malaysia ini memerlukan kesabaran kerana tempoh pegangan yang diperlukan agak lama berbanding emas. Senang ke sekarang nie kalau kita hendak menjual silver dengan segera. Ramai ke pembelinya. Keadaan ini berlaku sebaliknya pada pelaburan emas di mana kita lebih mudah mencari pembeli emas berbanding silver.

Apabila bercakap tentang pelaburan, sudah tentu ianya berkait rapat dengan masa ataupun di panggil timing. Kita perlu bijak mencari masa yang sesuai untuk membeli emas atau perak. kalau nak jadi pelabur kena bijak bertindak kan dan kena tahu cara-caranya. Boleh baca info lanjut tentang pelaburan di SINI.

Cuba tengok statistik di bawah yang diambil dari 7 January 2013 hingga 6 Februari 2013. Perhatikan kenaikan harga emas sebanyak 1.59% manakala kenaikan silver ialah sekitar 5.96%.

emas

Kenaikan harga emas dalam masa 30 hari
Kredit : goldprice.org

silver

Kenaikan harga silver dalam masa 30 hari
Kredit: goldprice.org

Apa yang dipaparkan pada gambar di atas adalah fakta yang diambil dari sumber yang dipercayai dan bukanlah rekaan dari HP semata-mata. Cuma apa yang perlu sebelum membuat pelaburan samada emas atau silver mahupun pelaburan ASB ialah ilmu atau pengetahuan. Dengan adanya ilmu pengetahuan kita mampu memanipulasi pelaburan tersebut untuk mendapat pulangan pendapatan yang lumayan. Untuk pelaburan seperti emas dan silver memang perlukan masa yang sesuai. Masa yang paling sesuai untuk membeli emas atau silver ialah ketika krismas yang lalu. Tetapi tidak mengapa, perkara yang lepas jangan dikenang. Teruskan mencari ilmu dan belajar untuk terus sukses.

Boleh tambah ilmu berkenaan dengan pelaburan melalui Rahsia Pelaburan Emas. So apa pendapat korang mana lagi untung, Pelaburan emas atau silver?

Kalau artikel ini bermanfaat, sudi-sudikanlah share kerana ilmu itu milik semua..

Hati Putera

Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs

28 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge