Pelaburan ASB : untung atau rugi?

by Rossaimi Ramlan on 13 January, 2012

pelaburan asbPelaburan ASB : untung atau rugi? – Selepas membuat satu pembayaran di Maybank, tetiba mataku tertarik pada katalog berkaitan jadual pinjaman ASB Maybank 2012. Jadi aku pun belek – belek la jadual pembayaran tu untuk pinjaman RM200,000 selama 20 tahun. Jadi pembayaran bulanan ialah RM1315.00 sebulan berdasarkan kadar pinjaman asas 6.6%(tarikh kuatkuasa 11 mei 2011).

Cara kira keuntungan pelaburan ASB

RM1315.00 X 12 bulan = RM15780.00 —– jumlah bayaran untuk setahun

Jumlah Dividen pada tahun 2011 ialah 8.8%  jadi RM200,000 X 8.8% = RM17600

Jumlah keuntungan yang diperolehi = RM17600 – RM15780 = RM1820

Jadi aku buat anggaran untuk dividen pada tahun 2012 ialah 8% jadi,

RM200,000 X 8% = RM16000

Anggaran keuntungan ialah RM16000 – RM15780 = RM220.00  —– untung tak?

Dividen tu dikira untuk cover balik modal yang dikeluarkan. Itu aku kira dividen 8% jer.

Apa yang aku faham pegawai bank tu cakap installment bulanan(RM1315) tu tidak dianggap sebagai komitment kerana bank akan ambik balik sijil RM200,000 kalau kita tak bayar.lagipun ,lagipun  RM200,000 tu menjadi milik  waris kita sekiranya kita meninggal dunia dan mereka tidak perlu membuat installment lagi..

Beza personal loan dengan Pelaburan ASB melalui pinjaman

Jom fikir sejenak,,

Sebelum nie kita pernah membuat personal loan kan umpamanya rm30,000 selama 20 tahun dan installmentnya lebih kurang RM350(maaf saya agak2 jer),,,cuba kita guna strategi nie,,,kita buat personal loan RM30000 tetapi kita ambik RM15780 untuk buat pelaburan ASB dengan membayar installment selama setahun sekaligus. Jadi kita tak perlu guna duit gaji kita untuk bayar loan ASB tu,,kita hanya bayar RM350 installment personal loan jer .tak untung ke kita loan RM200,000 tapi bayar RM350 jer monthly…

Bayar loan ASB tahun pertama guna duit personal loan RM15780 . balance ada lagi RM14220(buat enjoy la).

Tahun kedua bayar loan ASB guna dividen tahun pertama iaitu RM16000.Jumlah untung setelah bersih ialah RM220(dividen 8%).

Kesimpulannya kita hanya bermodal RM15780 jer untuk dapatkan RM200,000 pada 20 tahun akan datang dengan monthly installment lebih kurang RM350 sebulan(bayar personal loan)..

Amacam ,,, Untung ke rugi pelaburan ASB?

Artikel ini ditulis oleh...

– Saya telah menulis sebanyak 935 artikel di Hatiputera.

Nama saya ialah Rossaimi Ramlan. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Hubungi saya

Previous post:

Next post: