PANDANGAN LELAKI KACAK

by Rossaimi Ramlan on 14 May, 2012

PANDANGAN LELAKI KACAK – Dua hari yang lepas agak memenatkan kerana terpaksa berkejar-kejar ke beberapa tempat disebabkan beberapa hal yang tidak dapat dielakkan.Sepanjang dua hari yang lepas aku mula rasa diri aku bukan lelaki kacak kerana mengharungi beberapa perkara yang memenatkan.Ini kerana aku terpaksa melawat kawan aku yang mengalami kemalangan di mana kaki kanannya terkena mesin pemotong kayu. Agak teruk jugak lukanya kerana urat besarnya telah putus tetapi alhamdulillah semalam telah siap disambungkan semula melalui pembedahan yang dilakukan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu.

Aku bukan nak ceritakan tentang member aku yang masuk hospital tu, tapi nak tuliskan beberapa pandangan rakan-rakan blogger tentang lelaki kacak. Walaupun aku lakukan ini tanpa keizinan tuan punya artikel tetapi aku harap mendapat keizinan dari korang.

Pandangan Blogger tentang lelaki kacak

Jomkongsistory

Berbalik pada definisi lelaki kacak, menurut kamus dewan bahasa dan pustaka, kacak bermaksud lelaki yang kelihatan gagah; segak; tampan. Gagah boleh dilihat melalui tubuh badan seorang lelaki itu. Mesti ramai yang mendefinisikan gagah tu sebagai seorang yang mempunyai badan berotot, kuat dan bertenaga kan. Betul tak? (Jawab dalam hati je) Segak pula boleh dilihat pada lelaki yang mempunyai penampilan yang kemas dan sesuai dengan bentuk badan. Manakala tampan boleh dilihat pada wajah seorang lelaki itu. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengikut cita rasa dan naluri orang itu. Oleh itu masing-masing ada jawapan definisi anda yang berbeza.

Memang betul apa yang dikatakan oleh pemilik blog ini tentang apa yang dikatakan definisi tentang lelaki kacak, Di mana setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza-beza.Aku mulanya tercari-cari apakah definisi yang sesuai tetapi setelah melakukan beberapa pencarian di iternet dan bahan-bahan bacaan yang lain , akhirnya aku bersetuju dengan definisi itu.

Aidanatasya

1. Jual mahal
Selalunya lelaki kacak agak jual mahal berbanding lelaki yang ‘biasa-biasa’ sahaja. Walaupun kadang kala di dalam hati mereka menyukai akan seseorang wanita itu, namun kerana perasaan jual mahal yang terlalu menebal, mereka terpaksa melepaskannya.

Keegoan mereka yang agak tinggi menyebabkan mereka sentiasa berfikir bahawa diri mereka digilai oleh ramai wanita. Oleh itu mereka menunggu wanita terbaik mendekati mereka. Sebaliknya wanita yang ‘biasa-biasa’ sahaja, bukan menjadi pilihan mereka.

Aku memang bersetuju dengan artikel ini, kerana memang 90% lelaki kacak selalunya jual mahal. Maklumlah kan mempunyai nilai saham yang tinggi di pasaran. Biasanya agak sukar wanita yang bersahaja mendekati lelaki jenis ini selalunya pilihan mereka mestilah perempuan yang berkerjaya menarik, cantik dan sebagainya.

Mohdisa

Lelaki kacak pelindung wanita, itulah yang dituntut oleh agama Islam. Bukan sekadar kacak paras rupanya, tetapi kacak melindungi wanita. Itu baru benar digelar seorang lelaki kacak.

Sebagai contoh, isu pembuangan bayi yang sering berlaku. Ramai yang menyalahkan wanita sahaja, yang kononya lemah dan mudah terpedaya. Namun kita sering lupa, bahawa isu ini bukan hanya berpunya daripada sebelah pihak sahaja.

Tepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi bukan? Kita lupa bahawa kelahiran yang sepatutnya suci murni itu turut dicemarkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab. Maka seeloknya kita renung kembali peranan lelaki kacak terhadap wanita dalam islam.

Memang begitulah sepatutnya seorang yang harus ada pada lelaki iaitu sebagai pelindung kepada kaum wanita. Lelaki dijadikan oleh Allah adalah sebagai pemimpin di muka bumi oleh ini. Sudah menjadi tugas kita untuk membela kaum wanita daripada ditindas atau sebagainya.Barulah lelaki kacak namanya.

Tehr

WordPress, domain dan hosting berbayar bukan memberi jaminan yang tepat untuk berjaya dan gembira sebagai lelaki kacak dalam permainan SEO seperti ini. Aku memang tabik dengan Saudara Yas. Walau pun menggunakan platform percuma blogspot, tetapi dengan ilmu dan usaha yang betul beliau berjaya berada di tempat pertama. Nampak kan? Apa yang lebih utama adalah ilmu dan rajin untuk terus belajar dalam memahami sesuatu perkara.

Pandangan bro Tehr itu ada benarnya. Menggunakan platform berbayar bukan jaminan untuk kita mendapat tempat pertama di SERP. Permainan SEO ini adalah luas dan aku rasa teknik SEO untuk pertandingan seperti cabaran seo lelaki kacak ini amat berbeza dengan teknik SEO yang biasa. Jadi pengalaman dan pembelajaran yang berterusan insyallah akan terus dapat meningkatkan pemahaman kita tentang SEO ini. Aku pun masih tak faham lagi sebenarnya tetapi aku memang respek dengan bro tentang artikelnya lelaki kacak malaysia yang begitu ringkas tetapi mampu bersaing di top 1 SERP.

Titan
Tentang titan nie tak perlu dijelaskan lagi. Memang seorang lelaki kacak yang begitu sinonim dengan keyword tersebut di keseluruhan artikel di blog ini. Beliau merupakan salah seorang agen pembersih kata kunci lelaki kacak ini yang mana selama ini di cari oleh golongan yang lain. Tetapi sekarang apa yang yang berlaku semua carian kata kunci tersebut kembali ke carian yang sepatutnya.Tahniah Titan…

Cabaran Seo lelaki Kacak

Pandangan lelaki kacak ini aku tulis adalah untuk mengupdate cabaran seo lelaki kacak anjuran earncent.com yang ditaja oleh Contengconteng.com, Abangensem, Cikgu Dahlia, Azri JohanDirmansyah, 1Malaysianews.net LadfeAmir.com, SEO Apps, Bluedianthus.com, Hafizmohd.com, UmarFaruq.com, 1Artikel.com, Blog Bukit Besi, Radhio.com, Blog Perniagaan Internet, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.

Demikianlah pandangan lelaki kacak daripada aku,,Selamat bersaing.

Artikel ini ditulis oleh...

– Saya telah menulis sebanyak 935 artikel di Hatiputera.

Nama saya ialah Rossaimi Ramlan. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Hubungi saya

Previous post:

Next post: