NBI SKMM: Daftar rebat RM200

Nbi Skmm. Pasti ramai yang sibuk sekarang nie untuk mendaftar rebat RM200 secara online di laman sesawang nbi skmm kan. Apatah lagi selepas jemaah menteri bersetuju untuk mengubah syarat pembelian kepada semua jenis handphone kepada belia yang berumur 21 tahun hingga 30 tahun berpendapatan RM3000 sebulan ke bawah dengan rebat RM200. Boleh baca artikel senarai 20 jenis handphone yang disyaratkan sebelum ini.

nbi skmm

Kredit : NBI SKMM

Bagaimana nak daftar di NBI SKMM

Untuk pendaftaran boleh layari laman web komunikasibelia skmm. Ada pilihan pendaftaran untuk pekerja dan pelajar. Syarat-syarat kelayakan pun ada dinyatakan sekali. Cuma apa yang HP harapkan agar pembeli dapat membuat pilihan yang bijak berdasarkan kemampuan kewangan masing-masing. Boleh buat perbandingan harga terlebih dahulu.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke talian 1-800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang kecuali pada cuti umum. Siapa cepat dia dapat.

Boleh baca kenyataan rasmi di Press Release SKMM

25 comments… add one

  • hafidz 3 January, 2013, 12:04 pm

    Dah boleh beli iphone dah ahaks :P

  • Hafizul
    Twitter:
    3 January, 2013, 12:50 pm

    Wahh menarik kan..selepas diumumkan semalam, semua jenis telefon pintar boleh rebat..laris la jualan samsung nanti..hahaha

  • shraqs 3 January, 2013, 12:50 pm

    beli phone rasanya mungkin tak kisah sangat murah & mahal,.. tapi aku risau tang kena subscribe pakej dr telco tu,… jangan silap subcribe pakej mahal dah ler..

    • hatiputera 4 January, 2013, 11:21 am

      Subscribe pakej ikut kemampuan bukan kemahuan.

  • hairulafiz 3 January, 2013, 1:05 pm

    dah boleh apply ni..

    • hatiputera 4 January, 2013, 11:22 am

      Kalau menepati syarat-syaratnya silakan. Siapa cepat dia dapat.

  • papa mifz 3 January, 2013, 2:23 pm

    jangan beli jika diluar kemampuan…kan..?

  • auc
    Twitter:
    3 January, 2013, 9:58 pm

    terlebih umur pulak nak mintak huhuhu

  • syaifuddin alias 3 January, 2013, 11:08 pm

    belum cukup umur .. haha

    • hatiputera 4 January, 2013, 11:24 am

      Kalau belum cukup umur kena belajar cara kumpul duit dulu.huhu

  • Joe 4 January, 2013, 12:10 am

    Yes, dah xde limit. Boleh la beli iPhone

  • TehR 4 January, 2013, 12:11 am

    siapa cepat dia dapat tu la yang menyebabkan laman skmm sesak teruk

    • hatiputera 4 January, 2013, 12:34 am

      kena cari waktu yang sesuai.

  • Zairul 4 January, 2013, 3:48 pm

    Salam.
    Macam mana nak tahu kedai mana yang boleh tebus baucer ni ye?
    Memang semua kedai boleh ke?

  • titan
    Twitter:
    5 January, 2013, 5:28 am

    ha..pi beli banyak-banyak.

  • cmratu 6 January, 2013, 9:41 am

    dah daftar, tunggu umum nak guna macam mana ja ni.. hehe

  • ohcikgu 6 January, 2013, 7:59 pm

    nak tukar handset ke tidak ye..

  • Joe 6 January, 2013, 8:58 pm

    Ingat nak mohon.. tapi dah ade smartphone terbaru..
    Joe recently posted…Cubaan Untuk Buat Duit Dengan FiverrMy Profile

  • JomJalan 7 January, 2013, 11:00 am

    Nasib baik had harga dah di tarik balik. Kalau tak smartphone low spec saja yg boleh dapat.

  • yusri 15 February, 2013, 10:00 am

    boleh mohon untuk wife je lah nampak gayanya…
    yusri recently posted…Peluang Buat Duit Di Blog Hati PuteraMy Profile

Leave a Comment

CommentLuv badge

Next post:

Previous post:

≡ Menu