Madu lebah

madu lebah

Salam 1Malaysia dan 1Dunia..Sedikit cerita tentang madu lebah.Sesungguhnya memang besar khasiat madu lebah ini seperti mana allah berfirman dalam surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69 yang bermaksud,,,

“Dan dari Tuhanmu mengilhamkan kepada lebah; buatlah sarang dibukit-bukit, di pepohonan kayu, dan di tempat (berhampiran) yang dibina manusia..
“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,”

Demikianlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT yang memberikan segala rahmat dan rahimNya kepada semua hamba manusia di muka bumi ini mengenai khasiat madu yang diperoleh dari lebah.Malah, pendapat ulama silam mentafsirkan bahawa antara sebab-sebab turunnya (asbabun nuzul) Surah An-Nahlu (lebah) adalah untuk manusia berfikir tentang pentingnya peranan madu di dalam membina kehidupan yang sihat, khususnya kepada para muslimin dan muslimat di seluruh dunia.

Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu lebah adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain.

Antaranya, sabda Rasulullah SAW;

“Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit.

“Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.

“Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.

“Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi,”.

Menurut para sahabat pula, Rasulullah SAW sangat menggemari madu dan turut memberikan tips kepada umat Islam mengenai khasiat yang tersembunyi di dalamnya.

Misalnya Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah RA berkata bahawa “madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

Manakala Imam Ja’afar RA pula menjelaskan bahawa selain Al-Quran, madu lebah merupakan ubat paling mujarab untuk menyihatkan badan.

Seorang Ilmuwan Islam yang terkenal, Ibnu Sina, telah mengkaji kelebihan yang terdapat pada madu lebah dan menemukan bukti secara saintifik mengenai khasiat yang terdapat di dalam cecair yang dihasilkan dari perut lebah itu.Hasil kajiannya mendapati madu lebah mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam dan sebagainya. Banyak lagi kitab-kitab islam memperkatakan tentang kelebihan madu lebah ini.

Namun, adakah madu lebah yang ada dipasaran sekarang betul-betul asli ataupun telah dicampur,,,,putera tanya jer tu bukan komplen,,Madu lebah yang asli dikatakan mampu menjadikan kuning telur masak .Kalau sesiapa mahu mengamalkan meminum madu ,cukuplah dengan minum satu sudu besar sekali sehari dan pastikan tidak menggunakan sudu berlogam,,,

Salah satu cara menguji keaslian madu lebah ialah menggunakan api: Setengah sudu besar madu lebah dibakar di atas api lilin, apabila buihnya kecil-kecil seperti air mendidih bermakna ianya palsu. manakala buih Madu lebah asli akan membesar dan akan terus membuak jika terus dipanaskan.

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Comments

  1. azman says:

    Memang diakui madu lebah mmg baik untuk kesihatan….malah dalam quran pun ada dinyatakan.

    Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,”

    ayat last tu kalau ada yg pernah buat uji kaji mungkin boleh ubat aids!wallahualam..
    jom baca entry terbaru azman..Riadah Taman Tasik PerdanaMy Profile

  2. anif says:

    Memang diakui kehebatan madu lebah ni.. Perlu diambil berterusan untuk kesihatan.
    jom baca entry terbaru anif..Version 2.0 – Wordless Wednesday #25My Profile

  3. hatiputera says:

    pastikan ianya original,,,

  4. KiD says:

    orang kata.. madu yang original punya, semut tak hurung. tu je.. yang campur2 tu.. semut suka.. =)
    jom baca entry terbaru KiD..Best Ribs Ever TGI Friday’sMy Profile

  5. Juan says:

    madu lebah memang banyak khasiat
    jom baca entry terbaru Juan..Kemajuan Bangsa IranMy Profile

    • hatiputera says:

      khasiatnya memang banyak. amalan memimunmnya secara berterusan adalah yang terbaik.

  6. titan says:

    madu lebih memang kacak diminum. leh jadi kacak apa..
    jom baca entry terbaru titan..Komisen ke 49 dan 50 dari Text Link AdsMy Profile

  7. lunaticg says:

    Nak cari madu lebah yang original sekarang ni dah makin susah. Saya ada beli madu dari Melaka yang dikatakan original tetapi semut datang ke madu tu plak dan masuk peti sejuk dia jadi rosak. :(
    jom baca entry terbaru lunaticg..Tan Sri Ali Abul Hassan storyMy Profile

  8. dinar says:

    tapi yang tak bestnye putera, ramai penjual ambil kesempatan jual madu yang tak ori…
    jom baca entry terbaru dinar..Harga emas tertinggi dicatat pada minggu lepas….My Profile

    • hatiputera says:

      kalau mahu yang original ,kena cari pemungut madu lebah…haa itu memang betul-betul ori,,,bukak tutup botol pun boleh rasa gas nya,,,

      • suri says:

        mmg byk jual tapi yang menipu tak suka kan…sy nak bli pikir barkali2..tu mitk ayah beli dna carikan..

        ni tak tahu ori ke tdk heee..mmg nak bgi anak makn satu sudu kecil setiap hari

  9. Norizwan says:

    terima kasih info yang menarik….baru saya tahu bezanya madu asli dan yang palsu….

  10. minum madu bagus diamalkan..sunnah Rasullulah s.a.w..
    jom baca entry terbaru Tiramisu Fatiema..Wordless Wednesday: Ayam PansuhMy Profile

    • hatiputera says:

      amalan minum madu amat baik untuk kesihatan,,,

      • Renata says:

        aku suka endingnya Andai ada studi adbning ke neraka, mereka juga menuntut ongkos lelah. #superlebay hahaha kalo lebahnya masuk ke Gedung Dewan bisa menghasilkan MADU ga ya?[] Reply:October 5th, 2011 at 15:41ada yg menghasilkan madu, ada yg kering, ada yg mati.tapi aku yakin, masih ada beberapa orang anggota dewan yang tetap menjadi dirinya sendiri, dalam arti konsisten dengan prinsip kebaikan dan kebenaran untuk membela rakyat[] Reply:October 5th, 2011 at 16:04semoga para anggota dewan juga sesibuk lebah demi menghasilkan madu yg manis []

  11. nizam says:

    makanan Rasulullah mesti ada nikmatnya… :)
    jom baca entry terbaru nizam..Bila TerabaiMy Profile

  12. tehr says:

    Aku masih ada lagi madu yg di beli tahun lepas

    Masih boleh diminum
    jom baca entry terbaru tehr..Bila Aku Terima NikahnyaMy Profile

  13. shraqs says:

    Kurang ckit minum madu ni, manis sangat… :)
    jom baca entry terbaru shraqs..Valentines Day Gifts Dari Samsung Untuk Pengguna Android Dan BadaMy Profile

  14. suri says:

    salam..

    ada bli madu lebah kat kg sebotol dalam rm25 kot huuu..mahal gak tapi tak buat uji kaji lagi heee

  15. Mak pernah dgr petua/tips utk pastikan madu tu asli or tidak dgn cucuhkan btg mancis dlm madu, then try nyalakan btg mancis tu. Klu menyala, madu tu asli. Tp mahap la yea..mak x pernah cuba, so, Allahualam sama ada tips ni boleh dipakai atau tidak..

    P/s: Segan..sebasalah nk cuba dpn penjual tu pun yea jugak..bimbang dikata tak percayakan dia plak!
    jom baca entry terbaru mak lagenda..WORDLESS WEDNESDAY:MUJUR TAKDE KEPALAMy Profile

  16. kimmie says:

    madu lebah mmg byk khasiatnya, kalau dilihat cara madu itu dihasilkan, dengan elok dan bersih, mmg hasilnya baik utk kesihatan.
    jom baca entry terbaru kimmie..Wordless Wednesday 16 – Akhirnya ku tinggalkanMy Profile

  17. rahman says:

    susah nak beli madu sekarang ni… takut di tipu
    jom baca entry terbaru rahman..Pemain bolasepak beragama Islam terbaikMy Profile

  18. ohcikgu says:

    suka campuar madu dengan air kosong. pastu letak kat peti sejuk. bila haus..minum..fuhh, super lega..
    jom baca entry terbaru ohcikgu..Isu Video Pekerja KFC kurang ajar di YoutubeMy Profile

  19. Amirez says:

    madu memang banyak kelebihannya. dah lama tak amalkan madu. sebelum ni madu jadi rutin harian, tapi rasanya madu tu tak original…beli kat tesco. sekarang ni nak cari madu sidr yang dikatakan madu paling berkualiti dalam dunia. harga pun boleh tahan…sekitar RM100 sebotol
    jom baca entry terbaru Amirez..Amalan Diet RasulullahMy Profile

  20. puanbee says:

    Okey memang suka madu ni , anak2 dirumah ni batuk sikit bg madu terus ok..
    jom baca entry terbaru puanbee..Puan.Aishah Binti Ibrahim Nak Bagi Dua Juta PoundsMy Profile

  21. nak madu lebah asli boleh hubungi saya :)

  22. sememangnya masu lebah adalah sumber makanan tambahan yang penting, byk khasiat. jika dpt amalkan mmgbaik untuk ubuh badan. cuma kebelakangan ini shj saya sudah kurang menikmati masu lebah…:)

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Blogged.my
Wordpress SEO Plugin by SEOPressor