LELAKI KACAK KAHWIN DUA WANITA DALAM SATU MALAM – Inilah yang dikatakan kalau dah memang jodoh , lelaki iraq ini berkahwin dengan dua wanita serentak dalam satu malam.Inilah kejadian yang berlaku di Samarra, Iraq dimana Abdul Rahman Nayef al-Obeidi telah jatuh cinta terhadap dua wanita. Mungkin kerana tidak mahu menyakiti hati antara salah seorang dari dua wanita tersebut maka dia mengambil keputusan untuk mengahwini kedua-duanya pada hari yang sama.
ABDUL RAHMAN duduk diapit dua isterinya, Intidhar (kiri) dan Suad di Samarra
Majlis lelaki kacak Kahwin dua wanita dalam satu malam
Majlis perkahwinan mereka telah diadakan pada 6 April yang lalu di rumah keluarga lelaki di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit. Kedua-dua pengantin perempuan iaitu Intidhar, 17, dan Suad, 22, adalah sepupu kepada Abdul Rahman.
Majlis itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin wanita, saudara-mara dan rakan-rakannya yang terkejut dengan perkahwinan tersebut.
Abdul Rahman yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia memberitahu ibu bapanya tentang niat untuk berkahwin dengan dua sepupunya dalam satu malam…kacak sungguh dia.
Ibu bapa lelaki itu bersetuju walaupun kebanyakan saudara-maranya menentang idea berkenaan.
“Saya mengambil masa kurang sebulan untuk membuat keputusan muktamad kerana dua keluarga itu ialah saudara-mara saya dan saya menyintai dua gadis tersebut,” katanya.
Langkah paling penting yang perlu dibuatnya adalah dengan berusaha memujuk dua wanita muda tersebut.
Intidhar berkata: “Abdul Rahman memberitahu, dia akan berkahwin dengan saya dan Suad dalam satu malam. Apakah yang anda mahu katakan?
“Saya memberitahunya, ia sesuatu yang baik jika anda melayan kami dengan adil.”
Agama Islam membenarkan lelaki berkahwin dengan empat wanita namun mensyaratkan isteri-isteri perlu dilayan dengan adil.
Suad berkata, dia terkejut apabila Abdul Rahman memberitahunya tentang hasratnya itu.
Namun, katanya, Abdul Rahman memujuknya supaya dia bersetuju.
Abang sulung pengantin lelaki itu, Salman berperanan sebagai orang tengah dengan berunding dengan dua keluarga gadis itu.
Dia kemudian berjaya menjadikan impian adiknya itu sebagai satu realiti.
Bapa Abdul Rahman, Nayef Hamid berkata, dia berasa bangga terhadap anaknya itu.
Dia merupakan satu-satunya anak lelaki yang berkahwin dengan dua wanita serentak.
Ibu Abdul Rahman, Rasmiya Mohammed mempunyai pendapat yang sama seperti suaminya dan dia tidak mahu anaknya berasa sedih kerana menyintai dua gadis.
Idea Abdul Rahman berkahwin dua itu disokong ramai lelaki yang memberi komen dalam laman Facebook mengenai gambar mereka manakala kaum wanita menentangnya.
“Lelaki ini seorang hero dan memang calon lelaki kacak. Tiada seorang pun yang pernah melakukannya sebelum ini dan namanya patut dimasukkan dalam Guinness World Records,” komen Ali Bassi Abbar.
Namun, Sara Yasser memberikan komen dengan sinis.
Kesian Lelaki kacak itu
“Kasihan lelaki itu, dia tidak mahu melukakan hati salah seorang daripada mereka. Dia seorang lelaki yang baik,” katanya.
Seorang lagi wanita, Sara Saad mengkritik dua pengantin baharu wanita tersebut dengan menyatakan bahawa setiap wanita yang bersetuju dengan perkahwinan itu adalah seperti tidak mempunyai perasaan dan maruah. – AFP
Itulah sebenar-benarnya lelaki kacak,,,
JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan



wah hebatnye… kawen dua skali gus….
jom baca entry terbaru Manan Qayyim..Lagu Ibu : Tiadaku mampu membalas jasamu
memang hebat kan,,tapi dah jodoh dia.
jom baca entry terbaru hatiputera..BERSIH 3.0 49 PESERTA DIBURU
Tamak tu!
Tapi takpelah dah jodoh diorang nak buat camana kan.
jom baca entry terbaru shraqs..Samsung Galaxy SIII – Designed For Humans And Inspired By Nature
Dah jodoh tu,,,kalau larat tak de masalah,,,jangan larat batin jer,,,zahir kena lebih…
Kacak sungguh lelaki itu kan?????

jom baca entry terbaru Ahmad Ijat..Seluar Palazzo Kain Lycra Kualiti Tinggi
kalau tak kacak takkan dua wanita sudi berkahwin serentak.
memang kacak lah, hehe
jom baca entry terbaru Juan..Peperiksaan Exam Pegawai Tadbir dan Diplomatik Mei 2012
rasanya memang ramai wanita yg kurang setuju. ada masalah lain nanti yg xboleh nak adil…he he
ramai yang kat luar sana yang tak setuju tetapi dua-dua pengantin setuju,,,hahahaha
jom baca entry terbaru hatiputera..AWAL ASHAARI DAN SCHA AL YAHYA HONEYMOON DI NEW YORK DAN EROPAH
Wahhh…..dasat la lelaki kacak nih…tapi kacak lagi pembinaan link dlm tue ehhh…hehe:)
jom baca entry terbaru yas..[Video] Lelaki China Terpendek DiDunia Keluar Bekerja
pembinaan link? kasi tunjuk ajar yas
dah rezeki dia. nak buat macam mana. hehe..
jom baca entry terbaru titan..Kecelaruan Maklumat – Mat Luthfi dan Titan
xde la kacak sgt..kacak aku ag…hahahha
jom baca entry terbaru the sun daily..Wedding Checklist Before 6 Months To Countdown
kawin 2 sekali satu masa, pergh

jom baca entry terbaru beckhr00y..Misteri Lagenda Raksasa Loch Ness Atau Nessie Muncul Semula