Kempen Selamatkan Jejai

Kempen selamatkan jejai. Jom sertai kempen selamatkan jejai yang sekarang ini sedang menderita kanser paru paru tahap 4 dan perlukan bantuan dan sumbangan dari kita semua untuk meringankan beban kos yang amat tinggi yang selama ini hanya di tanggung oleh keluarganya.

jejai dan eyriqazz

Sumber:Jejai bersama eyriqazz

Bersama sertai kempen selamatkan jejai

Sebelum nie aku pelik jugak bila melihat entry #SaveJejai di Blog Zarulumbrella.com. Apakah maksud ceritanya itu. Setahu aku Jejai ialah owner blog teratakarmo.com. Adakah Bro Jejai itu yang dimaksudkan? Aku mula membaca setiap baris ayat dari mula hingga terjumpa perkataan Kanser Paru Paru Tahap 4. Subhanallah allah terhenti seketika aku dengan lidah kelu tak terkata. Idea terus hilang seketika memikirkan betapa peritnya penderitaan yang ditanggung oleh Jejai sekeluarga. itulah namanya ujian dari allah kepada hamba-hambanya.

Kesedihan dan simpati aku semakin ketara apabila melihat surat anak bro Jejai yang dipaparkan oleh bro eyriqazz di dalam entry Je Jai – Antara Rakan, Rahsia, dan Racun. Begitu touching melihat tulisan anaknya itu. Semoga allah melindungi Bro jejai dan keluarganya.

Apa yang aku harapkan ialah semoga ada insan yang sudi menolong hamba allah yang sedang menderita kanser paru-paru tahap 4 ini dengan menghulurkan bantuan kerana keadaan saudara kita ini semakin hari semakin kritikal dan memerlukan perbelanjaan yang tinggi untuk menampung kos perubatan yang ditanggung oleh jejai dan keluarganya.

Kepada insan yang bermurah hati bolehlah menghulurkan sumbangan terus ke akaun jejai ataupun isterinya seperti di bawah:

Maybank Acc Je Jai : 164351079691 (Azhar Bin Ramli)
Maybank Acc Acc No : 164089741562 (wife Je JAI ,Mazliana Othman )
Kempen selamatkan Jejai #SaveJejai

• Meet the Author • Hati Putera


Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs


7 comments… add one

Berikan Pandangan Anda Di Sini!

Sila gunakan personal name sahaja semasa meninggalkan komen. Jangan menggunakan keyword yang anda target sebagai ganti nama kerana ianya seperti "spammy". Saya lebih suka jika anda meninggalkan komen menggunakan nama sebenar. Sekiranya anda ingin melakukan link building, sila submit artikel anda di http://bookmark.hatiputera.com

CommentLuv badge