Kemasukan Secara Online Ke Universiti Menerusi Easyuni.Com

Kemasukan Secara Online Ke Universiti Menerusi Easyuni.Com – Dunia pendidikan negara semakin melangkah maju ke hadapan dengan pelancaran satu portal easyuni.com berkait dengan pengambilan dan juga kemasukan pelajar di intitusi pengajian tinggi.

Kemasukan Secara Online ke Universiti tempatan atau antarabangsa

Petikan dari mStar online,,,,

KUALA LUMPUR: Pelajar kini boleh memilih sama ada memohon kemasukan ke universiti tempatan atau antarabangsa secara online berikutan pelancaran sebuah portal berhubung pengambilan dan kandungan pengajian tinggi.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata portal easyuni.com menyenaraikan lebih 34,000 kursus dan program dari 362 kolej serta universiti di lebih 20 negara.

“Portal ini menawarkan satu platform komprehensif dalam permohonan ke kolej dan universiti swasta tempatan serta antarabangsa untuk lepasan sekolah dan golongan dewasa yang bekerja.

“Mereka (pemohon) boleh mencari, membanding, menyenarai pendek serta memilih kolej atau universiti mengikut kedudukan dan menghantar permohonan secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan portal pendidikan secara online milik syarikat berstatus MSC, Hescar Sdn Bhd di sini.

Senarai Universiti dalam portal kemasukan secara online ke universiti

Antara universiti yang disenaraikan dalam portal itu Universiti Iskandariah di Mesir, Universiti Tasmania di Australia, Universiti British Columbia di Kanada, Akademi Fesyen Antarabangsa di Perancis (IFA), Universiti Lincoln di New Zealand dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Hescar Edwin Tay berkata portal itu, yang diwujudkan tahun lepas, menerima lebih 9,800 pelajar berdaftar yang berjaya ditempatkan di pelbagai universiti di seluruh dunia. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge