Kad Touch n Go Tidak Sah

by Rossaimi Ramlan on 5 March, 2013

Pernah anda mengalami masalah di mana kad touch n go tidak sah ketika hendak membayar tol di plaza tol. Keadaan ini telah berlaku pada saya beberapa hari lepas. Sebenarnya sudah lama saya tidak menggunakan kad touch n go ini sejak ianya kehabisan kredit sejak setahun lebih yang lepas. Dulu pun saya beli semasa diaorang buat promosi dengan harga RM10 jer. Setelah habis kredit saya pun dah tak guna sebab malas nak top-up bakinya.

kad touch n go tidak sah

Tetapi entah kenapa terasa nak guna balik kad tu. Jadi saya pun pergilah ke Maybank untuk menambah baki di mesin ATM. Alhamdulillah baki bertambah RM100. Dalam hati terasa gembira kerana pada pandangan saya kad ini masih boleh digunakan sebab ianya didetect oleh mesin ATM.

Nak dijadikan cerita, maka pada hari sabtu saya bersama keluarga berjalan-jalan ke Bandar JB menaiki kereta dan menggunakan highway Second Link. Oleh kerana baki touch n go dah siap ditambahkan, maka saya terus ke laluan pembayaran menggunakan kad untuk membuat pembayaran. Apalagi terus scan kad tu pada mesin dengan penuh keyakinan.

Tetapi alangkah malangnya keputusan yang diperolehi amat mengecewakan di mana paparan mesej yang dikeluarkan pada counter display tertulis “Kad Tidak Sah”. Terasa pelik kenapa kad touch n go tidak sah pulak. Padahal baru top up. Berkali-kali saya mencuba tetapi keputusannya tetap sama. Bila menoleh ke belakang, banyak pulak kereta yang berbaris menunggu untuk melakukan pembayaran. Alahai bengangnya muka…

Nasib baik ada guard yang sudi mengarahkan kereta di belakang supaya mengundurkan kereta masing-masing dan memberi laluan kepada saya untuk melakukan pembayaran secara manual. Sambil itu pakcik guard menasihati saya supaya pergi ke kaunter jualan yang terletak berhampiran dengan plaza tol tersebut.

Kenapa Kad Touch N Go tidak sah

Sampai sahaja di kaunter jualan, saya terus berjumpa dengan Customer Service Assitant . Pada mulanya saya berminat hendak marah kerana kad touch n go tidak sah tetapi bila melihat wajah assitant yang bertugas itu ada iras-iras Hanis Zalikha maka tak jadila nak marah.hehe.

Jadi dibawah ini perbualan ringkas saya berkaitan kad touch n go tidak sah dengan assitant yang bertugas tersebut.

“Cik…kenapa kad saya nie tak boleh guna sedangkan saya baru jer top up rm100 beberapa hari lepas”… tanya saya.

“Oh ye ke…Encik top up kat mana?”…. Customer service assitant tu tanya saya semula.

“Saya top up kat mesin ATM Maybank”….jawab saya dengan jujur.

“Dah berapa lama encik tak pakai kad nie”…Saya di tanya lagi

“Dah setahun lebih saya tak guna, hari ini baru saya nak guna”…jawab saya.

“Patutla kad touch n go tidak sah. Dah expired sebab tak guna dalam masa setahun. Sepatutnya encik kena guna sekurang-kurangya sekali dalam masa setahun.” ….kata pegawai terbabit.

“Kalau kad saya expired kenapa saya boleh top up baki kat mesin ATM”…Saya mula berdebat,,hahaha

“Itulah masalahnya sekarang,,,walaupun kad touch n go kita telah expired, tetapi ianya masih boleh ditop up di mana-mana mesin ATM ataupun stesen minyak”…Jelas pegawai terbabit.

Maksudnya, walaupun kad kita dah expired duit topup kita tetap kena telan dengan mesin-mesin tersebut tanpa mengambil kira kad kita boleh pakai atau tidak.

“Jadi bagaimana nak selesaikan masalah saya ini”

“Kejap,,,Encik tuliskan nama, no ic dan telefon di borang ADUAN REPORT ini,,,Selepas encik isi, saya akan telefonkan HQ untuk mengaktifkan semula kad encik ini….kata Customer service assitant tersebut.

Setelah selesai mengisi borang ADUAN tersebut dan diserahkan kepada pegawai yang terbabit, saya disuruh tunggu sekejap sementara beliau ,melakukan kerja-kerja mengaktifkan semula.

Lebih kurang lima minit kemudian, Kad saya telah digantikan dengan kad baru tetapi baki RM100 dari kad lama tu telah dikreditkan ke dalam kad yang baru ini. Tetapi kena tolak RM10 lah..Alhamdulillah…selesai jugak masalah saya.

Terima kasih diucapkan kepada Customer Service Assitant yang bertugas pada hari itu. Mungkin artikel kad touch n go tidak sah ini menjadi panduan kepada semua pengguna kad tersebut. Kalau ada yang mengalami masalah yang sama seperti di atas silalah berkunjung ke kaunter jualan kad touch n go yang berhampiran.

Artikel ini ditulis oleh...

– Saya telah menulis sebanyak 935 artikel di Hatiputera.

Nama saya ialah Rossaimi Ramlan. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Hubungi saya

Previous post:

Next post: