Janda jual air liur kebas RM5,000

KUANTAN: Tangisan simpati dan pujuk rayu seorang janda mencairkan hati seorang peneroka warga emas bergelar datuk yang mengeluarkan wang simpanannya dalam Tabung Haji sebanyak RM5,000 untuk dipinjamkan kepada wanita itu sebelum menyedari dia ditipu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Haron, 70, berkata dia kecewa kerana kelicikan janda beranak satu itu menyebabkan perancangannya untuk menunaikan haji tahun depan musnah.

Haron yang berasal dari Felda Bukit Sagu, di sini, berkata dia berkenalan dengan ibu tunggal berusia 30 tahun itu di sebuah perhentian bas di Jalan Bukit Ubi, di sini, seminggu lalu.

“Bertitik tolak daripada pertemuan itu, saya menjalinkan hubungan dengannya, malah dia menawarkan diri untuk menjadi isteri saya.

“Bagaimanapun, saya menolak dengan cara baik kerana saya sudah berumah tangga dan mempunyai enam anak serta 13 cucu,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD), di sini, semalam. – Mymetro

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Comments

  1. dinar says:

    inilah kelemahan orang lelaki mmg tewas dengan pujuk rayu wanita
    jom baca entry terbaru dinar..Kenapa EmAs ditolak sebagai matawang dunia?My Profile

  2. Mr.Sepet says:

    haish. . lagi2 penipuan . . sampai bila kita nk hidup dgn mnipu . . ish2 ..
    jom baca entry terbaru Mr.Sepet..Kenapa Hidup Kita SusahMy Profile

  3. Erk, kesian pakcik tu. Harap2 berkesempatan nak pergi haji tahun depan
    jom baca entry terbaru Affan Ruslan..Bantu Saya Untuk Menang Macbook ProMy Profile

  4. shraqs says:

    Lumrah dunia,.. lelaki memang kalah ngan air mata wanita…
    jom baca entry terbaru shraqs..Bila iPhone Bertemu Galaxy Note…My Profile

  5. zie fauzi says:

    hmm…macam2… mujur tak dikeluarkan semua duit yang ada..
    jom baca entry terbaru zie fauzi..CEPAT !!!! TINGGAL KURANG 12 JAM SAJA LAGI…My Profile

  6. macam macam perangai manusia ni kan..sungguh kreatif buat kerja jahat..cuba ler kreatif buat kerja baik..sejuk sikit perut mak mengandungkan
    jom baca entry terbaru Zarul Umbrella..ASTRO Panggil Untuk Juri Jemputan AF10??My Profile

  7. Bravo Veto says:

    Zaman semakin maju..akal manusia pun samakin panjang… Macam-macam cara dia orang guna nak mudah dapat duit…. Semoga kita semua di jauhkan dari orang-orang yang macam ni..
    jom baca entry terbaru Bravo Veto..Kisah dan Teladan – Katak dan LipanMy Profile

  8. Denaihati says:

    jenayah yg mcm ni buat geram gila. kesian kat pakcik tu.
    jom baca entry terbaru Denaihati..iPhone 4S Gadget Impian Puanbee.comMy Profile

  9. tehr says:

    Wanita adalah ujian terbesar bagi kaum lelaki
    jom baca entry terbaru tehr..Pantun MengapaMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Blogged.my
Wordpress SEO Plugin by SEOPressor