Harga Emas Hari Ini

Harga emas hari ini. Artikel harga emas hari ini dibuat bukanlah daripada seorang yang pakar dalam pelaburan emas mahupun perak. hanya sekadar pendapat kosong hasil daripada kejatuhan harga emas sekarang ini.

harga emas hari ini

Kredit : Spot Gold

Harga emas hari ini jatuh tapi tetap tinggi

Walaupun harga emas hari ini mengalami kejatuhan teruk sejak 2011 yang lalu tetapi harganya tetap tinggi sebagaimana chart di atas iaitu RM137.03 per gram pada 19 April 2013. Harga yang ditunjukkan ialah harga spot semasa. Walaubagaimanapun ianya agak meningkat berbanding beberapa hari yang lepas.

Gambar di bawah adalah perbandingan spot gold yang diambil dalam tempoh 30 hari bermula pada 19 March 2013 yang lalu. Di dapati penurunannya sebanyak 15.90%. Banyakkan penurunannya.

perbandingan harga emas hari ini

Perbandingan harga emas dalam tempoh 30 hari

Kalau sesiapa yang nak beli barang idaman setiap wanita itu, agaknya sesuai kot sebab harganya dah murah sekarang nie. Tetapi jangan tanya saya pulak bila harganya akan melantun semula. Kalau ramai yang tahu bila ianya akan naik semula maka ramailah yang akan jadi billionaire.

Kalau nak melabur emas untuk dapat untung susah jugak sebab ianya bukan dalam kategori pendapatan aliran tunai. Sesiapa yang beli pasti akan menyimpannya dalam peti besi kan.Tempoh pegangan untuk logam berharga ini adalah lama iaitu sekitar satu tahun dua tahun ataupun 10 tahun. Barulah dapat untung.

For me, kalau ada duit banyak pun saya hanya akan beli barang kemas untuk isteri jer pastu laburkan duit untuk dapatkan keuntungan yang lebih cepat seperti membeli saham. tetapi saya tak ada kemahiran untuk itu. Kalau saya nak beli saham pun saya akan beli saham Dutch Lady sebabnya ianya syarikat yang menyediakan barang keperluan dan tak mungkin akan bangkrap. Ini kerana setiap hari akan ada kelahiran bayi dan setiap bayi pasti akan minum susu botol. Berapa ramai sekarang wanita yang sanggup bagi susu ibu selama dua tahun kepada bayinya…hehehe

Kalaulah orang rumah tahu tentang harga emas hari ini, pasti kena pujuk nie tetapi saya tak pasti pulak berapa harganya setelah siap dicampur dengan upah.

35 thoughts on “Harga Emas Hari Ini

  1. Walaupun jatuh tapi tetap mahal..
    Hairul Azni recently posted…Terkini Mengenai Seminar Buat Duit Dengan BlogMy Profile

  2. onlajer
    Twitter:
    says:

    kalau jatuh saat inilah bagus untuk membelinya
    onlajer recently posted…Mereka Perlukan Undi AndaMy Profile

  3. emas nih pelaburan jangka masa panjang memang berbaloi utk dibeli…
    papa mifz recently posted…Mandi Manda Pada Usia 2 tahun 6 bulanMy Profile

  4. teringin jugak nak buat pelaburan emas..
    tapi tunggu masa kukuhkan kewangan dulu.
    then akan beli emas untuk masa hadapan… in shaa Allah..
    info ni sangat berguna..

  5. Oneblogsocial says:

    Yang perlu diingat,jika kita menyimpan Emas kita perlu mengeluarkan zakat.Yang demikian supaya ia benar benar menjadi perhiasan didunia dan memberikan manfaat di akhirat nanti.
    Oneblogsocial recently posted…10 Blog Akan Saya ReviewMy Profile

  6. masih mahal walaupun harganya dah turun kan tapi pasti ramai juga yang akan membeli untuk pelaburan masa depan :)
    puteri kasih recently posted…Senarai Terkini Calon Untuk PRU13My Profile

  7. Bisa dijadikan pelaburan untuk jangka waktu lama emas ini

  8. eh bro betul ker jatuh ni, saya dah lama x ikuti nih
    Juan recently posted…JomNiaga Membuka Pendaftaran BaruMy Profile

  9. Boleh la beli banyak sikit. Dulu bukan main mahal g.
    Joe recently posted…Buat Duit Jual DomainMy Profile

  10. time aku tgh pokai ni la, hrge emas reti nk trun..
    sabo jela

  11. kalau pandai menawar, harga upahnya tu boleh kautim ;)
    ajumohit recently posted…Borang Permohonan Program Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)My Profile

  12. Harga emas memang drop agak banyak juga kali ini…
    Memang peluang yang baik untuk membeli emas pada harga yang paling rendah sejak harga emas melambung tinggi pada Ogos 2011…

  13. Emm kalau ada duit dah lamaa shoping dekat kedai emas..
    Hafizul recently posted…Dilema Suami Dalam KesempitanMy Profile

  14. emas tak ramai mampu mmbeli klu ada boleh di kira.
    suri recently posted…Jangan Gatal-Gatal TanganMy Profile

  15. nak pejam mata dan bayangkan sy tgh membeli emas boleh tak?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge