GEMPA BUMI KUAT GEGAR ACEH

Gempa bumi kuat gegar aceh – Beberapa negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia merasai gegaran ekoran gempa bumi kuat berukuran 8.7 pada skala Richter di Acheh, Sumatera Utara Indonesia hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran kepada orang ramai menjauhi kawasan pantai di Kedah, Perlis, Langkawi, Pulau Pinang dan Perak yang berpotensi berlakunya tsunami.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian tersebut dan berkata gegaran turut dirasai di beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Perak.

Gegaran dirasai kira-kira pukul 4.50 petang.

Beliau berkata pihak bomba dari lima balai di sekitar pusat bandar Kuala Lumpur bergegas ke beberapa kawasan yang merasai gegaran itu selepas menerima maklumat dari orang ramai.

Katanya, pihak bomba menerima panggilan kira-kira 4.47 petang mengenai gegaran yang dirasai di beberapa tempat seperti Ampang dan Jalan Tun Razak.

Dalam pada itu, warga kerja di bangunan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) turut merasai gegaran yang berlaku selama kira-kira 10 minit.

Di Kangar, gegaran kecil turut dirasai di beberapa lokasi di Perlis, antaranya di Flat Seri Sena di Kampung Bakau yang menyebabkan penghuni flat 12 tingkat itu meninggalkan kediaman mereka dan berkumpul di tempat letak kereta bangunan itu.

Petugas di Bangunan KWSP yang turut menempatkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan turut merasai gegaran kecil selama beberapa minit.

Gegaran turut dirasai penduduk di Kampung Behor Lateh dan kawasan Kuala Perlis. – mymetro

• Meet the Author • Hati Putera


Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs


2 comments… add one

  • Memang menakutkan bila terasa bangunan bergegar! Mujur ancaman Tsunami telah ditarik balik.. Alhamdulillah.
    anif recently posted…Version 2.0 – Wordless Wednesday #33My Profile

    Reply
  • There are actually numerous details like that to take into consideration. That could be a great point to deliver up. I supply the thoughts above as basic inspiration however clearly there are questions just like the one you convey up where the most important factor will be working in honest good faith. I don?t know if best practices have emerged round things like that, however I'm positive that your job is clearly recognized as a good game. Both boys and girls really feel the impact of just a moment’s pleasure, for the rest of their lives.

    Reply

Berikan Pandangan Anda Di Sini!

Sila gunakan personal name sahaja semasa meninggalkan komen. Jangan menggunakan keyword yang anda target sebagai ganti nama kerana ianya seperti "spammy". Saya lebih suka jika anda meninggalkan komen menggunakan nama sebenar. Sekiranya anda ingin melakukan link building, sila submit artikel anda di http://bookmark.hatiputera.com

CommentLuv badge