FACEBOOK DISAMAN YAHOO

by Rossaimi Ramlan on 13 March, 2012

FACEBOOK DISAMAN YAHOO | Yahoo! telah mengemukakan saman terhadap facebook di Mahkamah California Facebook selepas mendakwa facebook telah mencabuli 10 paten yang telah dihasilkan oleh yahoo.

Yahoo! dalam tuntutan saman setebal 19 muka surat yang difailkan di Mahkamah Daerah Amerika Syarikat bagi Utara California menuduh Facebook melanggar paten dalam beberapa bidang termasuk pengiklanan, hak persendirian dan pesanan.

“Yahoo! sudah melabur begitu banyak dalam penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun dengan berjaya menghasilkan banyak ciptaan teknologi dipatenkan tetapi syarikat lain yang melesenkannya,” katanya.

“Teknologi ini adalah asas perniagaan kami yang melayani lebih 700 juta pelawat unik bulanan dan membuktikan semangat inovasi sejak Yahoo! ditubuhkan,” katanya. – AFP

Artikel ini ditulis oleh...

– Saya telah menulis sebanyak 935 artikel di Hatiputera.

Nama saya ialah Rossaimi Ramlan. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Hubungi saya

Previous post:

Next post: