Eyriqazz vs Denaihati Blogger Malaysia

Eyriqazz vs Denaihati memang secara jujurnya aku tak kenal langsung secara live dua blogger malaysia nie. Sesungguhnya tidak elok kalau kita membuat perbandingan diantara kedua blogger popular di Malaysia ini, kerana mereka mempunyai ciri-ciri dan dan corak penulisan yang berbeza di blog masing-masing.
eyriqazz vs denaihati

Perbandingan Eyriqazz vs Denaihati

Perbandingan Eyriqazz vs Denaihati ini boleh dilihat daripada sudut pengiklanan dimana eyriqazz dikatakan antara blog kesayangan nuffnang kerana mendapat sponsored post…Patutla status gelihati blog aku kena lucut sebab nuffnang nak bagi kat eyriqazz..haha. Denaihati pula mendapat pengiklanan daripada syarikat yang besar-besar. Memang hebat la diaorang nie.

Secara jujurnya aku lebih mengenali Denaihati berbanding dengan Eyriqazz . Kedua-duanya mempunyai nilai traffic yang tinggi terutamanya denaihati yang mempunyai begitu banyak komen setiap artikel yang dikeluarkan(Tapi dah macam artikel spam pulak,,,dari pengomen yang sama ,,hahaha jangan marah,,,) . Memang beruntung kalau sesebuah blog itu mempunyai pengikut setia macam diaorang..Kalau post artikel beberapa patah perkataan seperti ini “Terasa letih sangat aku hari ini,,,” pun beribu komen datang..hahaha.

Eyriqazz vs Denaihati Blogger Contoh

Bagi korang yang baru berjinak-jinak untuk berblogging samada secara serius ataupun main-main , bolehlah jadikan dua blogger ini sebagai panduan dan contoh. Kalau mahu menggunakan blogger.com sebagai platform maka korang tengoklah blog eyriqazz dan sekiranya korang berminat pada wordpress self-hosted boleh tengok contoh blog denaihati. Walaupun mereka menggunakan platform yang berbeza tetapi hasil kejayaan yang dikecapi oleh mereka tetap sama dan menarik.

Komen aku Tentang Eyriqazz

Ikhlasnya , aku hanya menerima satu atau dua komen daripada Eyriqazz sepanjang masa aku berblogging. Tak pasti lah pulak samada jadi silent reader ataupun tak. Tapi aku tidak kisah pun kerana masing-masing mempunyai tanggungjawab dan matlamat masing-masing.

Komen aku tentang Denaihati

Semenjak kebelakangan ini Bro denaihati agak rajin sikit mengomen di Blog aku walaupun sepanjang tahun ini boleh dikatakan belum sampai 20 komen kot. Tapi tidak mengapa mungkin artikel aku kurang berkualiti atau bro denaihati jadi silent reader jer kot…hahaha

Contest seo eyriqazz vs denaihati

Contest ini berlangsung sehingga 31 Ogos 2012 di mana pemenang ditentukan melalui carian pada keyword “Eyriqazz vs Denaihati” di Google Malaysia (http://www.google.com.my ) menggunakan Google Chrome pada 1-10 September 2012.

Hadiah Eyriqazz vs Denaihati

1st Prize – RM200 Cash + 20,000 trafik dari Denaihati.com
2nd Prize – RM100 Cash + 10,000 trafik dari Denaihati.com
Entri Pilihan terbaik – RM100 Cash
(Hadiah akan diupdate oleh bro eyriqazz jika bertambahnya sponsor)

Dua dalam satu contest

Contest ini dianjurkan oleh Eyriqazz.Com ditaja oleh beberapa insan yang bermurah hati seperti Denaihati.com , Azri.my , Blogr.my , ziefauzi.com ,  Shakiddo.com , ZarulUmbrella.Com , Hatiputera.com  Papamifz.comMksyahir.blogspot.comBoladaily.com , BloggerSentral.com ,  Mysuperkids.net , Vitaminsemulajadi.com, Aslamber.Com, http://kgbalimbang.blogspot.com , Ciktom.Com, Muhasabahtrading.Com, dan PanduanServisBlog.Com

Giveaway JebengOtai ditaja oleh Earncent.com, Sjiehan, Puan BeeNurmisnan, KartikelAkhiyyBudak FeldaCik Tom, Hati PuteraShaharil, PapaMifzBumilangkawi.com dan Langkawihomestay.net

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Comments

  1. azman says:

    Goog luck bro..mantap tu.

  2. zie fauzi says:

    semoga berjaya… contest ni bakal jadi fenomena mcm lelaki kacak hari tu… :)

  3. titan says:

    boleh menang punya ni..kena rajin usaha aje..

  4. Aku pun setakat ni tak pernah bersua muka dengan dua orang blogger hebat tu.. harap ada rezeki suatu hari nanti..
    semoga berjaya juga bro.. entri mantap ni

  5. Good Luck ye….banyak saingan kali ni…

  6. zool says:

    memang hebat ni. aku pun nak join gak le..

  7. puteri pun nak join gak nanti..pasti keyword eyriqazz vs denaihati akan segempak keyword lelaki kacak…kan

  8. iza says:

    Assalam..
    Moga berjaya..

  9. Semoga berjaya… Anda mantopppP~

  10. suri says:

    joint lagi yer hee…semoga berjaya dua2 mmg hebat tuh

  11. Hui yaiii..sini sana kenalan2 blogger dah mula join contest ni nmpknya!

    Gud luck jugak pd hatiputera yeh

  12. ProfHariz says:

    Makin canggih ON PAGE SEO bro :)

  13. Tehr says:

    Cabaran untuk menang atau berada di muka pertama memang sengit

  14. Terasa nak join juga ni :D

    Hmm, kalau nak jadi sponsor macam mana bro? :D

  15. Juan says:

    semakin ramai yg join semakin menarik

    • hatiputera says:

      bila dah semakin ramai saingan pun semakin sengit..cuma nak kena berhati-hati jugak takut kena kick dengan google sebab syok sangat spam keyword.

  16. cik tom says:

    entry yang mantap! ciktom rs dpt 2,3 komen je dr eyriqazz sepanjang kenal dia dr bulan 12 tahun 2010… hehe :)

  17. muazfaris says:

    all the best bro.. hehe, mari kenali abam eyriqazz kita.. huhu

  18. Zida says:

    wah semua orang dah join, bestnyaaa, untunglah semua banyak masa free. all the best ye!

  19. wazy says:

    Semoga berjaya bro

  20. wah mantap la der..:)
    memang layak mereka digelar idola bagi blogger lagi2 yang mentah mcm saya

  21. status gelihati?..mmg menggelikan hati..hehe
    jom baca entry terbaru Jebeng Otai™..Wordless Wednesday : Kesilapan Muslim Dalam Bulan RamadhanMy Profile

  22. Norizwan says:

    Gud luck bro…. :)
    jom baca entry terbaru Norizwan..Salam Ramadhan 1433 H Selamat menjalani ibadah puasaMy Profile

  23. JR says:

    salam ziarah bro..salam ramadan juga
    jom baca entry terbaru JR..14 KALI KAHWIN,46 ANAK,100 CUCUMy Profile

  24. ProfHariz says:

    Contest SEO Eyriqazz vs Denaihati Blogger Malaysia sudah hampir ke penghujungnya. Hanya berbaki 10 hari sahaja untuk 10 September 2012. Selamat Maju Jaya PH ucapkan :)
    jom baca entry terbaru ProfHariz..10 entri terbaik DenaihatiMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Blogged.my
Wordpress SEO Plugin by SEOPressor