E Penyata Gaji Secara Online

by Rossaimi Ramlan on 29 July, 2012

e penyata gaji. e penyata gaji ialah satu aplikasi yang disediakan oleh kerajaan untuk kegunaan penjawat awam membuat semakan secara oline. Aplikasi semak slip gaji secara online ini disediakan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM). Dengan penggunaan aplikasi ini kerajaan dapat mengurangkan penggunaan kertas secara tidak langsung.

Aplikasi ini sudah lama sebenarnya digunakan oleh penjawat awam tetapi beberapa hari lepas ada beberapa orang bertanyakan kepada aku tentang nak print slip gaji secara online. Untuk itu aku buat artikel ringkas ini sebagai informasi kepada yang memerlukan.

Panduan penggunaan e penyata gaji

Sistem semakan gaji secara online ini sesuai dilayari menggunakan browser Internet Explorer,Firefox dan juga Google Chrome. Sebelum melakukan cetakan slip gaji, pengguna hendaklah menginstall perisian adobe reader terlebih dahulu. Pengguna hendaklah mendaftar melalui Laman Web Rasmi Jabatan Akauntan Negara Malaysia pertama kali.

Klik pautan Tatacara Penggunaan Sistem epenyata gaji untuk mengetahui maklumat lanjut tentang cara-cara pendaftaran dan penggunaan sistem tersebut.

Artikel ini ditulis oleh...

– Saya telah menulis sebanyak 935 artikel di Hatiputera.

Nama saya ialah Rossaimi Ramlan. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Hubungi saya

Previous post:

Next post: