Daun Bunga Raya dan Kegunaan

Daun bunga raya dan kegunaannya. Bunga kebangsaan malaysia iaitu bunga raya mempunyai banyak kegunaan terutama daunnya dikatakan boleh menurunkan suhu badan ketika demam di kalangan kanak-kanak ataupun orang dewasa.

Kegunaan daun bunga raya

Hujung minggu yang lepas pada hari sabtu adalah hujung minggu yang amat merisaukan bagi seorang ayah kerana anak kembar aku yang perempuan iaitu si adik telah dimasukkan ke wad bermula jam 7.00 pagi kerana diserang demam dengan tiba-tiba. Jarak rumah dan hospital adalah agak jauh jugak lebih kurang 10 KM . menyebabkan aku terpaksa menjadi jalan raya itu sebagai lita lumba untuk ke hospital. Sesampai ajer dihospital anakku terus diberikan bantuan oksigen dan di masukkan “air” di bahagian kecemasan. Setelah beberapa ketika doktor memberitahu anak terpaksa dimasukkan ke wad dan perlu dipantau selama 24 jam tetapi tiada apa-apa yang mencurigakan katanya. Jadi begitulah kerja aku ulang alik ke hospital selama tiga hari ini dan tak sempat nak berblogging langsung.

Semalam doktor dah bagi si adik keluar wad(adik dah baik ..fuhh lega betul hati aku). Tanpa membuang masa terus bawak adik pergi berurut kerana kaki tangan nya sejuk sedangkan badan dan kepala panas sikit. Kata orang tua-tua kalau kaki dan tangan sejuk tandanya demam urat. Nenek yang tukang urut tu cakap nanti balik rumah pergi cari daun bunga raya rendam dalam mangkuk disamping tu campurkan dengan garam sikit. Daun bunga raya itu hendaklah diramas sedikit didalam air supaya lendirnya keluar. Selepas itu tampallah di kepala dan badan bayi yang panas itu. Insyallah akan berkurangan suhunya. Baru aku tahu khasiat kegunaan daun bunga raya.

Sehingga artikel ini ditulis, tahap kesihatan adik sudah semakin baik. Nasihat aku kepada ibu-ibu dan bapak-bapak segeralah bawa anak-anak ke hospital sekiranya demam dengan seberapa segera.

• Meet the Author • Hati Putera


Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs


20 comments… add one

  • Kalau demam jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan. Bahaya.. kalau dibiarkan.
    anif recently posted…Panduan Dan Nasihat Perjalanan Oleh PLUS 2012My Profile

    Reply
    • Memang betul tu bro,,,tidak perlu tunggu sampai esok hari. kalau tiada klinik swasta terus jer bawak ke hospital kerajaan.

      Reply
  • Terima kasih, perkongsian yang menarik bro.
    ProfHariz recently posted…Koleksi Lagu Raya AidilfitriMy Profile

    Reply
    • Sama-sama bro , hanya berkongsi melalui pengalaman jer. semoga bermanfaat untuk semua.

      Reply
  • Dah pernah rasa bila tampal guna lendiran daun bunga raya. Rasa sejuk ala-ala Cool Fever tu. Haha.
    Fadzmie recently posted…Mencari malam Lailatul QadarMy Profile

    Reply
    • Memang rasa sejuk dan selesa bayi..boleh tidur lena dan tidak merengek-rengek lagi.Insyallah.

      Reply
  • Betul tu saya. setuju..

    Bila anak kita demam elok bawa ke klinik atau ke hospital dengan segera.. Sekarang ni ada macam-macam penyakit yang kita tak tahu..

    Jadi, bila kita segera mendapatkan rawatan secara tidak langsung kita dapat mencegah.. Mencegah lebih baik daripada mengubati..

    Sebelum ini saya pun tak tahu pasal khasiat bunga raya.. Terima kasih di atas perkongsian Info..
    Anuar recently posted…Rezeki Yang Tidak Di Sangka-Sangka Daripada Pelaburan Hartanah Tanpa ModalMy Profile

    Reply
    • sama-sama bro,,,kalau ada petua yang lain silalah berkongsi di sini bro. boleh menjadi tatapan pembaca yang lain.

      Reply
  • klu bunga raya takd er brp pakai asam jawa blh. heee sy umh asam jawa tu rendam sama air dan ramas2.. birkan 10 minit pastu tapis air asam jawa tu.klu tak tapi blh tapi susuh sikit nnti( lendir a.k.a hampas )asam jawa tu susuh plk nk tanggal kt kepala anak

    satu lgi klu badan ank tu panas kirus je dgn air sejuk.air dlm koleh lagi baik/sepuya rasa panas dlm badan tersejat bila kena air sejuk
    suri recently posted…Bandwidth Limit ExceededMy Profile

    Reply
    • memang sebelum nie pakai air asam jawa…terima kasih suri kerana sudi berkongsi diruangan komen.

      Reply
  • patutla..ingatkan gi bertapa.
    titan recently posted…Mencintai Ain Maisarah – Part 9My Profile

    Reply
    • Itulah anak adalah segala-galanya.

      Reply
  • susah nak cari bunga raya ni.

    Reply
  • alhamdulillah anak bro makin sembuh, mudahan cempat sembuh sepenuhnya.
    Denaihati recently posted…Akta 114A Komuniti Internet BantahMy Profile

    Reply
  • petua dulu2 ni kita jgn lupakan
    terdesak boleh jg gunakan :)
    auc dot com recently posted…PM Arah Kaji Semula Seksyen 114AMy Profile

    Reply
  • aah..jgn lengah2 kan pi klinik atau hospital..walaupun demam biasa shja..
    Jebeng Otai™ recently posted…Tips Selesai Masalah ReplytocomMy Profile

    Reply
  • info baru. thanks. orang tua2 ni banyak ilmunya
    Khidhir recently posted…Menghubungkan Debit Kad RHB dengan PaypalMy Profile

    Reply
  • petua org dulu2 ni…sekarang pokok bunga raya pun susah nk cari ;)

    semoga cepat sembuh…
    budakfelda recently posted…Allah Lebih Sayang DiaMy Profile

    Reply
  • Rupanya bro pun ada anak kembar yer…hehehe.
    yusri recently posted…Bunga Raya a.k.a Hibiscus Bukan Sekadar BungaMy Profile

    Reply

Berikan Pandangan Anda Di Sini!

Sila gunakan personal name sahaja semasa meninggalkan komen. Jangan menggunakan keyword yang anda target sebagai ganti nama kerana ianya seperti "spammy". Saya lebih suka jika anda meninggalkan komen menggunakan nama sebenar. Sekiranya anda ingin melakukan link building, sila submit artikel anda di http://bookmark.hatiputera.com

CommentLuv badge