Daun Bunga Raya dan Kegunaan

daun bunga raya
Daun bunga raya dan kegunaannya. Bunga kebangsaan malaysia iaitu bunga raya mempunyai banyak kegunaan terutama daunnya dikatakan boleh menurunkan suhu badan ketika demam di kalangan kanak-kanak ataupun orang dewasa.

Kegunaan daun bunga raya

Hujung minggu yang lepas pada hari sabtu adalah hujung minggu yang amat merisaukan bagi seorang ayah kerana anak kembar aku yang perempuan iaitu si adik telah dimasukkan ke wad bermula jam 7.00 pagi kerana diserang demam dengan tiba-tiba. Jarak rumah dan hospital adalah agak jauh jugak lebih kurang 10 KM . menyebabkan aku terpaksa menjadi jalan raya itu sebagai lita lumba untuk ke hospital. Sesampai ajer dihospital anakku terus diberikan bantuan oksigen dan di masukkan “air” di bahagian kecemasan. Setelah beberapa ketika doktor memberitahu anak terpaksa dimasukkan ke wad dan perlu dipantau selama 24 jam tetapi tiada apa-apa yang mencurigakan katanya. Jadi begitulah kerja aku ulang alik ke hospital selama tiga hari ini dan tak sempat nak berblogging langsung.

Semalam doktor dah bagi si adik keluar wad(adik dah baik ..fuhh lega betul hati aku). Tanpa membuang masa terus bawak adik pergi berurut kerana kaki tangan nya sejuk sedangkan badan dan kepala panas sikit. Kata orang tua-tua kalau kaki dan tangan sejuk tandanya demam urat. Nenek yang tukang urut tu cakap nanti balik rumah pergi cari daun bunga raya rendam dalam mangkuk disamping tu campurkan dengan garam sikit. Daun bunga raya itu hendaklah diramas sedikit didalam air supaya lendirnya keluar. Selepas itu tampallah di kepala dan badan bayi yang panas itu. Insyallah akan berkurangan suhunya. Baru aku tahu khasiat kegunaan daun bunga raya.

Sehingga artikel ini ditulis, tahap kesihatan adik sudah semakin baik. Nasihat aku kepada ibu-ibu dan bapak-bapak segeralah bawa anak-anak ke hospital sekiranya demam dengan seberapa segera.

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Comments

  1. anif says:

    Kalau demam jangan bertangguh untuk mendapatkan rawatan. Bahaya.. kalau dibiarkan.
    jom baca entry terbaru anif..Panduan Dan Nasihat Perjalanan Oleh PLUS 2012My Profile

    • hatiputera says:

      Memang betul tu bro,,,tidak perlu tunggu sampai esok hari. kalau tiada klinik swasta terus jer bawak ke hospital kerajaan.

  2. ProfHariz says:

    Terima kasih, perkongsian yang menarik bro.
    jom baca entry terbaru ProfHariz..Koleksi Lagu Raya AidilfitriMy Profile

    • hatiputera says:

      Sama-sama bro , hanya berkongsi melalui pengalaman jer. semoga bermanfaat untuk semua.

  3. Fadzmie says:

    Dah pernah rasa bila tampal guna lendiran daun bunga raya. Rasa sejuk ala-ala Cool Fever tu. Haha.
    jom baca entry terbaru Fadzmie..Mencari malam Lailatul QadarMy Profile

    • hatiputera says:

      Memang rasa sejuk dan selesa bayi..boleh tidur lena dan tidak merengek-rengek lagi.Insyallah.

  4. Anuar says:

    Betul tu saya. setuju..

    Bila anak kita demam elok bawa ke klinik atau ke hospital dengan segera.. Sekarang ni ada macam-macam penyakit yang kita tak tahu..

    Jadi, bila kita segera mendapatkan rawatan secara tidak langsung kita dapat mencegah.. Mencegah lebih baik daripada mengubati..

    Sebelum ini saya pun tak tahu pasal khasiat bunga raya.. Terima kasih di atas perkongsian Info..
    jom baca entry terbaru Anuar..Rezeki Yang Tidak Di Sangka-Sangka Daripada Pelaburan Hartanah Tanpa ModalMy Profile

    • hatiputera says:

      sama-sama bro,,,kalau ada petua yang lain silalah berkongsi di sini bro. boleh menjadi tatapan pembaca yang lain.

  5. suri says:

    klu bunga raya takd er brp pakai asam jawa blh. heee sy umh asam jawa tu rendam sama air dan ramas2.. birkan 10 minit pastu tapis air asam jawa tu.klu tak tapi blh tapi susuh sikit nnti( lendir a.k.a hampas )asam jawa tu susuh plk nk tanggal kt kepala anak

    satu lgi klu badan ank tu panas kirus je dgn air sejuk.air dlm koleh lagi baik/sepuya rasa panas dlm badan tersejat bila kena air sejuk
    jom baca entry terbaru suri..Bandwidth Limit ExceededMy Profile

    • hatiputera says:

      memang sebelum nie pakai air asam jawa…terima kasih suri kerana sudi berkongsi diruangan komen.

  6. titan says:

    patutla..ingatkan gi bertapa.
    jom baca entry terbaru titan..Mencintai Ain Maisarah – Part 9My Profile

  7. Man says:

    susah nak cari bunga raya ni.
    jom baca entry terbaru Man..Beruntunglah Wahai LuqmanMy Profile

  8. Denaihati says:

    alhamdulillah anak bro makin sembuh, mudahan cempat sembuh sepenuhnya.
    jom baca entry terbaru Denaihati..Akta 114A Komuniti Internet BantahMy Profile

  9. petua dulu2 ni kita jgn lupakan
    terdesak boleh jg gunakan :)
    jom baca entry terbaru auc dot com..PM Arah Kaji Semula Seksyen 114AMy Profile

  10. aah..jgn lengah2 kan pi klinik atau hospital..walaupun demam biasa shja..
    jom baca entry terbaru Jebeng Otai™..Tips Selesai Masalah ReplytocomMy Profile

  11. Khidhir says:

    info baru. thanks. orang tua2 ni banyak ilmunya
    jom baca entry terbaru Khidhir..Menghubungkan Debit Kad RHB dengan PaypalMy Profile

  12. budakfelda says:

    petua org dulu2 ni…sekarang pokok bunga raya pun susah nk cari ;)

    semoga cepat sembuh…
    jom baca entry terbaru budakfelda..Allah Lebih Sayang DiaMy Profile

  13. yusri says:

    Rupanya bro pun ada anak kembar yer…hehehe.
    jom baca entry terbaru yusri..Bunga Raya a.k.a Hibiscus Bukan Sekadar BungaMy Profile

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Blogged.my
Wordpress SEO Plugin by SEOPressor