Cari keyword popular guna google trends

Cari keyword popular guna google trends. Pasti ramai yang dah tahu cara mencari keyword popular guna google trends kan. Jadi tidak mengapalah , saya sediakan ini untuk pengunjung yang ingin mencuba. Saya sebelum ini menggunakan google insight untuk mencari keyword popular yang bermain di enjin carian samada dalam masa 7 hari ataupun sebulan. Tetapi malangnya google insight sekarang telah di combine dengan google trends.
Google insight sudah digantikan dengan google trends yang telah ditambah baik.

Bagaimana cari keyword popular guna google trends

Penggunaan google trends adalah kurang sama fungsinya dengan Google adword keyword tool cuma google adword keyword tool ini lebih berkait dengan google adword dan google adsense. Bagi yang sudah biasa guna insight memang boleh guna trends nie seperti mana gambar di atas. Cara saya guna senang sahaja.

  • 1. Buat carian di google menggunakan keyword “google trends” dan pilih “Google Hot Trends”.
  • 2. Klik Explore Trends
  • 3. Di bawah perkataan Limit to boleh pilih Worldwide untuk malaysia ataupun negara lain.
  • 4. Boleh pilih samada nak tengok keyword yang popular dalam masa 7 hari ataupun 30 hari
  • 5. Nanti akan keluar keyword popular seperti gambarajah di bawah
  • cari keyword popular

    Hasil carian keyword popular dalam masa 7 hari menggunakan google trends

    Daripada carian kita dapati keyword budget 2013 malaysia adalah yang paling popular digunakan dalam masa 7 hari. Cuba klik kat keyword tu untuk melihat grafnya samada sedang mengalami peningkatan atau penurunan. Kalau tak ada idea nak tulis apa kat blog boleh guna google trends nie untuk dapatkan keyword yang sesuai. Maaflah kalau otai baca ini dan ada kekurangan atau kesalahan sudi-sudila letak diruangan komen untuk perkongsian. Saya hanya kongsikan apa yang saya tahu sahaja. Insyallah dengan sedikit sentuhan SEO artikel kita akan berada di search engine dan mendapat sedikit traffic daripada keyword popular ini.

    Boleh baca entry Tip SEO sebagai salah satu cara untuk jadikan blog kita mesra seo.

    • Meet the Author • Hati Putera


    Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs


    23 comments… add one

    Berikan Pandangan Anda Di Sini!

    Sila gunakan personal name sahaja semasa meninggalkan komen. Jangan menggunakan keyword yang anda target sebagai ganti nama kerana ianya seperti "spammy". Saya lebih suka jika anda meninggalkan komen menggunakan nama sebenar. Sekiranya anda ingin melakukan link building, sila submit artikel anda di http://bookmark.hatiputera.com

    CommentLuv badge

    « LAST POST

    NEXT POST »