Cara Semakan Daftar Pemilih Undi Online PRU 13

Cara semakan daftar pemilih undi secara online sempena pilihan raya umum ke 13(PRU 13). Pilihan raya umum ke 13(PRU 13) semakin hampir setelah pembubaran parlimen pada 3 April 2013. Ini bermakna SPR mesti mengadakan pilihan raya dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran parlimen.

cara semakan daftar pemilih

Dengan melihat situasi dan peristiwa yang berlaku kebelakangan ini, saya berpendapat bahawa pilihan raya kali ini adalah yang paling sengit. Jadi undian daripada pengundi-pengundi akan menentukan hala tuju negara di masa akan datang. Apa yang saya harapkan agar pilihan raya kali ini berlaku dalam keadaan aman dan sejahtera. Pastikan kita semua tidak terlepas menunaikan kewajipan terhadap negara tercinta ini. Tidak kiralah apapun bentuk undian pun, tetapi tunaikanlah hak dan kewajipan anda sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab.

Dibawah ini saya sediakan cara menyemak undi melalui online dan juga sms sempena pilihan raya umum ke 13 untuk tatapan dan panduan kepada semua pembaca.

Cara semak undi online

Terdapat dua pilihan untuk membuat semakan pada masa sekarang, salah satunya ialah melalui internet. Jadi kalau pembaca nak semak secara online sila layari laman di bawah ini.

Link 1 : Cara Semak Undi Online.

Link 2 : Cara Semakan Daftar Pemilih.

Cara semakan daftar pemilih melalui sms

Boleh juga semak melalui SMS ke 15888 sebagaimana di bawah.

SPR<jarak>SEMAK<jarak>No kad pengenalan

Contohnya : SPR SEMAK 761001036789

hantar ke 15888.

Sempena PRU 13 ini pihak SPR telah membangunkan Portal khas pada bulan januari 2013 yang lepas. Portal tersebut dinamakan sebagai Portal Rasmi PRU-13(SPR) yang menyediakan pelbagai informasi dan maklumat yang berkaitan dengan pilihan raya umum ke 13.

Masih ada lagi yang belum mendaftar ke? Kalau belum anda boleh mendaftar di tempat-tempat seperti Ibu Pejabat SPR di Putrajaya, Pejabat-pejabat pos berkomputer, Pejabat-pejabat pilihan raya negeri dan pejabat-pejabat kedutaan di luar negeri. Tapi dah terlambat kot untuk mengundi sekarang kalau baru nak daftar. Jadi kena tunggu pilihan raya yang akan datang baru dapat mengundi.

Semoga apa yang saya kongsikan tentang cara semak undi online ini akan dapat memudahkan pembaca-pembaca semua.

• Meet the Author • Hati Putera


Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs


22 comments… add one

Berikan Pandangan Anda Di Sini!

Sila gunakan personal name sahaja semasa meninggalkan komen. Jangan menggunakan keyword yang anda target sebagai ganti nama kerana ianya seperti "spammy". Saya lebih suka jika anda meninggalkan komen menggunakan nama sebenar. Sekiranya anda ingin melakukan link building, sila submit artikel anda di http://bookmark.hatiputera.com

CommentLuv badge