Cara Semak Keputusan SPM Secara Online

Cara Semak Keputusan SPM Secara Online 2012 boleh dilakukan pada 20 March 2013 bermula pada jam 10.00 pagi. Jadi pada tarikh dan waktu tersebut para ibu bapa bolehlah melawat ke sekolah anak masing-masing. Bagi yang tidak berkesempatan untuk ke sekolah bolehlah menyemak keputusan peperiksaan SPM anak-anak secara online dengan mengikuti cara-cara seperti di bawah ini.

cara semak keputusan spm secara online

Cara semak keputusan peperiksaan secara online melalui laman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah

Sistem Analisi Peperiksaan Sekolah atau singkatannya ialah SAPS merupakan sebuah laman yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membantu ibu bapa mendapatkan keputusan peperiksaan anak-anak dengan cepat dan pantas.

Untuk melihat keputusan peperiksaan, ibu bapa bolehlah melayari laman http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php.

Masukkan Nombor Sijil Kelahiran ataupun Kad Pengenalan Pelajar. Bagi sekolah rendah, sistem ini hanya menyediakan semakan bagi darjah 3 dan ke atas. Manakala bagi sekolah menengah pula ialah kelas peralihan dan juga tingkatan 2 dan ke atas.

Cara Semak Keputusan SPM melalui SMS

Ibu bapa hendaklah datang sendiri ke sekolah untuk melihat keputusan peperiksaan SPM anak mereka ataupun boleh juga menggunakan khidmat pesanan ringkas atau SMS. Caranya ialah :-

Taip SPM [NO KAD PENGENALAN] [ANGKA GILIRAN] hantar ke 15888. Contohnya SPM 900224015163 BXXXXXXX hantar ke 15888.

Semoga perkongsian yang serba ringkas dari saya ini dapat memudahkan ibu bapa sekalian dan terlebih dahulu saya ucapkan tahniah kepada yang berjaya dengan cemerlang. Manakala yang kurang berjaya jangan putus asa, kerana masih ada masa lagi untuk berjaya dalam hidup.

Incoming search terms:

• Meet the Author • Hati Putera


Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs


38 comments… add one

  • lama lagi tu….
    hafiz recently posted…Macam-macam ragamMy Profile

    Reply
  • Elok sangatlah…nanti2 sesape yg nak check, boleh rujuk di sini…

    Semuanya semakin mudah…terbaik!
    hafizmd recently posted…Hari Minggu Yang Tak BosanMy Profile

    Reply
    • wah mulai dari jari sahaja meh hee…cpt dan jimatkan masa

      Reply
    • cara plg senang, buka post ini dan bookmark

      Reply
      • mesti tanda hee kalau tidak bertanda susah juga heee
        suri recently posted…Peluk Kuat-KuatMy Profile

        Reply
  • mesti berdebar adik2 nak amik result nanti… la ni boleh pi kerja dulu cari pengalaman… dapat result boleh apply masuk Universiti pilihan..
    staibaqhang recently posted…Apa itu sifat-sifat MazmumahMy Profile

    Reply
    • masa malam tu punya tidur tidak tentu hala

      Reply
    • aku ada adik kedua bongsu ambik benda nie pun rasa berdebar2 huhuhu

      Reply
      • sy time tu mlm tak tdo lena heee tpi asyik pi klr masuk tandas dn ketap kuku dlm mulut heee
        suri recently posted…Peluk Kuat-KuatMy Profile

        Reply
  • waduhh..boleh check la nanti..

    Reply
    • spm cikgu dh lepas kenapa nak garu2 kepala lagi heee

      Reply
    • dulu masa aku spm dapt ckit A je, check jangan tak check ya

      Reply
  • kalau nak check yg tahun gajah punye boleh tak agak2??.. hehe
    fariq recently posted…Idea Untuk Menulis Entri BlogMy Profile

    Reply
    • tahun gajah masa tu mana ada laptop..komputer talian tm bagai apalah…

      Reply
    • betul cakap suri 2,mana ada tahun gajah ini laptop,wakaka

      Reply
  • malam hati berdebar…siang mula muka cuak..bila amik dup..dup..bila lulus muka senyum berseri cam iklan ubt gigi darli..klu gagal rasa air muka kesal…atau ada buat selamba badak bt muka biasa2 heee

    Reply
  • wah lagi berberapa hari lagi keluar result hoho
    onlajer recently posted…15454My Profile

    Reply
    • dah tak sabar nak tau dah nie kn kepada yg ambik spm 2 :)

      Reply
  • salam admin.

    saya nak bagi maklumat tambahan tentang SAPS. sebenarnya ramai blogger (bukan guru) yang menulis maklumat yang kurang tepat tentang SAPS. mohon untuk diambil serius tentang perkara ini :)

    untuk makluman, SAPS tak boleh digunakan untuk semakan keputusan peperiksaan sebenar sebab markah di dalam SAPS di key in sendiri oleh cikgu2 di sekolah. untuk keputusan sebenar seperti UPSR, PMR & SPM hanya boleh diketahui melalui 2 cara :

    1. mengambil sendiri keputusan tersebut di sekolah masing2 selepas jam 10 pada tarikh keputusan diumumkan.
    2. menggunakan perkhidmatan SMS.

    cikgu2 mana boleh masukkan markah peperiksaan sebenar, kan? itu logiknya..
    jom baca entri yang saya tulis pada tahun 2011 tentang SAPS :

    http://www.ciklaili.com/2011/10/semakan-keputusan-peperiksaan-oleh-ibu.html
    ciklaili.com recently posted…Penjawat Awam Dapat Satu Kenaikan Gaji Tahunan, Pangkat ATM dan PDRM Disetara Dengan Perkhidmatan AwamMy Profile

    Reply
    • dengan sap lebih mudah untuk cek result kn :)

      Reply
    • betul. memang tak boleh. ramai yang copy paste aje tu kak..haha
      titan recently posted…Pernah Tak? – Part 1My Profile

      Reply
      • Saya dah edit balik artikel di atas,,,Keputusan SPM hanya melalui SMS sahaja ataupun datang sendiri ke sekolah. SAPS hanya untuk keputusan peperiksaan biasa dan bukannya SPM. Terima kasih Cik Laili.
        hatiputera recently posted…Cara Semak Keputusan SPM Secara OnlineMy Profile

        Reply
  • Zaman ni semuanya online. Maklumat di hujung jari anda. Yang tak dapat tahu ialah bila tarikh nak mati sahaja. :wink:

    Reply
    • sebab benda 2 rahsia Allah taala kan?haha

      Reply
  • ambe nak check keputusan spm ambe agak-agak ada dalam rekod lagi tak?
    Periksa tahun 1995…hahaha
    yusri recently posted…Keropok Lekor Oh Keropok LekorMy Profile

    Reply
  • hati berdebar, ada biasa2 jer tpi yg lagi kencang masa kertas slip tu dpt atas tangan kita heeee, semua emosi akan bercampur-baur
    suri recently posted…Peluk Kuat-KuatMy Profile

    Reply
  • rasa nak amik exam balik nak baiki result terdahulu tpi mlas haaaa
    suri recently posted…Blog, No. 2 dan TMMy Profile

    Reply
  • balik ini mesti temuramah anak sedara saya berapa rm depa punya keputusan erk..rm spm lah heee
    suri recently posted…Blog, No. 2 dan TMMy Profile

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge