leaderboard denaihati Banner

Baucer Buku 1 Malaysia dijual

by hatiputera on 25 January, 2012

baucer buku 1 malaysia
Salam 1 Malaysia…baucer buku 1 Malaysia dijual…hatiputera kadang-kadang merasa pelik dan merasa hairan kenapakah ada segelintir golongan yang menyalahgunakan bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan. Kerajaan telah membelanjakan lebih kurang RM300 juta untuk memberi bantuan baucer buku 1 Malaysia sebanyak RM200 kepada setiap pelajar. Tetapi apa yang terjadi setelah bantuan baucer buku 1 Malaysia diberikan, terdapat pula sebilangan kecil pelajar menjualnya semula dengan kadar harga yang lebih rendah dengan tujuan untuk mendapat nilai tunai dengan segera…

  • Baucer Buku RM200 1 Malaysia : Pelajar IPT Salah Guna Kemudahan Yang Diberikan?

    Pelajar IPT guna beberapa laman blog, forum untuk iklan tawaran jual BB1M

    PUTRAJAYA: Jika sebelum ini ada pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) menyalahguna pemberian Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) dengan membeli bahan bacaan tidak berfaedah, kini ada yang menjualnya secara terbuka dengan potongan harga istimewa menerusi internet.
    (Sumber : Berita Harian)

  • Wajar atau tidak tindakan segelintir mereka ini,,,,

    Malaysia Web Hosting

    Tetapi kita tidak boleh menyalahkan pihak pelajar semata-mata.Ada sebahagiannya lebih suka menerima dalam bentuk baucer manakala sebahagian lagi lebih suka menerima dalam bentuk tunai,,,,itu semua bergantung pada tahap penilaian individu terhadap bantuan yang diberikan ataupun mereka lebih memerlukan bantuan kewangan untuk menampung kos sara hidup mereka.

    Pendapat hatiputera, adalah rugi sekiranya mereka menggunakan bantuan yang diberikan itu untuk tujuan yang tidak berfaedah…Sekiranya bantuan ingin diteruskan lagi pada masa akan datang, hatiputera berharap pihak yang terlibat melakukan penambahbaikan terlebih dahulu terhadap bantuan ini seperti bilakah tempoh yang sesuai untuk diberikan baucer ini kepada pelajar, cara pengagihan bantuan itu dan seumpamanya supaya kejadian seperti itu tidak berlaku lagi pada masa akan datang,,,

    Info ringkas baucer buku 1 Malaysia

  • Baucer buku ini diberi kepada lebih 1.3 juta pelajar institusi pengajian tinggi yang mana mereka akan menerima sebanyak 4 keping (setiap keping RM50) bersamaan dengan RM200
  • Tempoh sah penggunaan baucer buku RM200 : 31 Mac 2012
  • Lebih kurang RM300 juta dibelanjakan oleh pihak kerajaan untuk bantuan baucer buku 1 Malaysia
  • Artikel yang berkaitan

    Rakan facebook komen

    Rakan facebook komen

    { 19 comments… read them below or add one }

    iza January 25, 2012 at

    Assalam..

    Memang tak patut la kalau dijual. Seolah-olah mereka tak hargai pemberian tersebut..

    Reply

    hatiputera January 25, 2012 at

    mungkin atas faktor kewangan menyebabkan mereka menjualnya,,,

    Reply

    iza January 26, 2012 at

    Hmmm…mungkin jugak. Duit lebih penting dari buku..haha..

    p/s: Kalau masuk blog ni guna smartphone, memang tak dapat nak baca entri penuh (ada sebelah je) sebab bertindih dengan widget yang ada di sidebar dan recommended terapung tu..

    Reply

    Azman January 25, 2012 at

    Yang dapat bantuan tu mungkin anak orang kaya.So dia tak ada apa nak buat dgn voucher tu dia jual kut )

    Reply

    hatiputera January 25, 2012 at

    bagi free jer pada orang lain,,,jangan jual :D

    Reply

    shaharil January 27, 2012 at

    Aku setuju. Ramai yang sangat-sangat memerlukan bantuan ni.

    Reply

    areliff January 25, 2012 at

    jual pon takde masalah..gipon bdk2 dgree dah cuti sem..takkan nak beli komik kot he3

    Reply

    nuriz January 25, 2012 at

    jual pulak dah, dah dapat free nak jual kat orang, nak duit tunai la ni takmau beli buku, memang ada yang salah gunakan kemudahan yg diberi

    Reply

    dinar January 25, 2012 at

    kadang-kadang tak terfikir manusia ni begitu kreatif…yg bukan-bukan…

    Reply

    JR January 25, 2012 at

    Dekat2 pilihanraya ni banyakj sangat bantuan diberi. Tapi sebahagian dari bantuan diberi kpd mereka yg tak memerlukannya. Ramai org susah di bandar dan luar bandar, malah ramai yg tak berumah, merempat di tepi jalan. Mereka ini lebih memerlukan bantuan berbanding golongan yg tak perlukan bantuan tapi dipaksa menerima bantuan…

    Reply

    Tuan Tanah January 25, 2012 at

    tapi ada juga yang dah ahabis belajar yang jual…kes ini sama dgn adik ipar aku…so nak buat apa lagi dah habis belajar hehhe…:)

    Reply

    fiezaradzi January 25, 2012 at

    org nak ambil kesempatan ni mmg macam2 cara die leh fikir.. harap2 berhentikanlah pekerjaan ni.. lau tak mau sgt, sedekah je la kat org lain.. kan lagi bagus.. kan.. kan.. kan,.,.

    Reply

    sud@is January 25, 2012 at

    nak duit la tu, hehe macam kerenah nya

    Reply

    Cikgu Hairul January 26, 2012 at

    Mungkin buku bukan keperluan mereka. Kalau makanan yg jadi keperluan mendesak, rasanya tak salah tukarkan voucher tu ke wang tunai.

    Reply

    maya mustwany January 26, 2012 at

    kaya atau tak,malas baca or tak,

    at least hargai la.beli la buku berguna.banyak pengetahuan.kalau tak nak sangat,bagi kat family ke..

    tak sokong sangat mereka pergi jual lak.abg long mas ambik master keje egnr pun,xde nya nak jual2,lagi dia excited nak beli buku2 adalah.dia pun terkilan nape de kes macam ni.mas kalau xtangguh sem,mmg beli jgk buku2.best.

    dah la baru2 ni baca,org2 Malaysia hanya baca buku 8 buah sthun..hihihi..malu oo

    Reply

    ohcikgu January 26, 2012 at

    biasalah tu, nak duit cepat aje..

    Reply

    muhammad fakhruddin January 26, 2012 at

    Ruuugiiii!

    Ada perpustakaan tak diguna, ada baucer buku dijual begitu sahaja.

    Reply

    sabree hussin January 28, 2012 at

    Biasa dengar juga isu jual-jual baucar ni, by the way.. saya kurang jelas lah.. apa sebenarnya motif kerajaan bagi baucar ni? Nak galakkan minat membaca dalam kalangan generasi muda? Atau sebab nak bagi sedikit peruntukkan supaya pelajar ada duit nak beli buku teks @ rujukan?

    Mana satu yang utama sebenarnya ye..

    Sebab apa yang saya nampak, student ni cash kan voucher ni untuk beli novel?! what for?

    Sebahagian pelajar, mereka nak duit.. bukan nak voucher.

    Teringat lagi masa zaman-zaman belajar dulu, saya perlukan duit, bukan perlukan voucher..

    Kalau buku, semua ni boleh dapat dekat library. Macam-macam rujukan ada, free. Boleh pinjam untuk 14 hari lagi..

    Hmm.. mungkin juga saya masih tak faham niat sebenar kerajaan.. pendapat putera?

    Reply

    hatiputera January 28, 2012 at

    meringankan beban pelajar untuk beli buku,,,, xD

    Reply

    Leave a Comment

    Previous post:

    Next post: