AKU PAKAI CERMIN MATA

Aku sebenarnya kecewa apabila dikatakan perlu memakai cermin mata setelah membuat pemeriksaan mata pada hari ini di Plaza Angsana. Bukannya aku suka-suka pergi buat pemeriksaan mata tetapi sejak awal tahun ini terasa ada perubahan yang telah berlaku pada diri aku terutamanya ketika memandu pada waktu malam. Mata aku mengalami masalah silau sehingga menjadi kabur apabila terkena pancaran cahaya lampu kereta yang datang dari arah depan.

Buat pemeriksaan mata

Hasil dari pemeriksaan mata tersebut menunjukkan aku perlu memakai cermin mata . Tauke kedai Eye Focus tu mengatakan aku mengalami masalah rabun jauh dan juga masalah kabur ketika silau. Dalam hati berkata,,,alahai kena pakai cermin mata pulak ke…biar betul tauke nie, walaupun aku memang terasa kabur dan silau bila waktu malam.
pemeriksaan mata

Wifey belikan cermin mata

Pada mulanya aku mengabaikan pandangan Tauke kedai tersebut yang mencadangkan supaya aku memakai cermin mata tetapi oleh kerana pergi bersama wifey, maka biasalah wifey nie kalau dengar tentang kesihatan mata aku daripada tauke tersebut lalu cepat-cepat menyuruh aku memilih yang mana satu cermin mata yang aku berkenan. Maka aku pun memilih cermin mata berjenama POP SODA. Mahal jugak harga kaca mata ini dalam RM300++…Nasib baik wifey sudi bayarkan…
aku pakai cermin mata

Bermulanya aku pakai cermin mata

Jadi bermulanya dari hari ini aku memakai cermin mata. Memang lebih jelas pandangan daripada sebelumnya tetapi untuk hari ini aku merasa tidak selesa maklumlah first time guna empat mata. Tapi aku tak pakai 24 jam hanya pakai ketika memandu pada waktu malam sahaja. Lepas nie tak tahu la pulak nak pakai ketika bila? Ikut keselesaan kot.

JAWATAN KOSONG: Pekerja Dirumah Diperlukan

Comments

  1. puteri pun rabuh jauh…hukkk
    jom baca entry terbaru puteri kasih..La Tahzan Kerana CintaMy Profile

  2. kulanz says:

    aku tak rabun jauh sebab masih boleh nampak dengan jelas objek jauh.. tapi memang ada masalah penglihatan ketika malam.. susah nak memandu sebab mata akan silau terkena cahaya dari depan
    jom baca entry terbaru kulanz..Sertai Cabaran Daisy Sehebat Chef 2012My Profile

  3. sama kita jd geng dah
    saya pakai sejak form 6 lagi
    mula2 pakai nak melangkah pun x betul

    • hatiputera says:

      wahh,,dah lama bro pakai kaca mata nie..rasa tak selesa jer sekarang nie.

  4. nurmisnan says:

    Lebih baik dipakai selalu kerana takut power mata
    akan bertambah.. Namun kalau ke bilik air perlulah
    buka dan banyakkan makan sayur carrot..

    • hatiputera says:

      kata orang tua-tua kena makan terung pipit untuk ubatkan masalah rabun nie.tetapi masalahnya pulak terung pipit tu susah dijumpai sekarang nie.

  5. JR says:

    ni mesti pasal hari2 depan pc..huhuhu..xpe bro lebih kacak dengan cermin mata.. :)

    • hatiputera says:

      Bro JR,,dah memang kerja aku kena duduk depan pc selama 8 jam…itu belum masuk ketika tak kerja…hahahaha

      • adamfaiz says:

        AF pun keje mengadap laptop 8 jam sehari… tahun lepas tetiba mata jadi rabun dekat… ditambah pulak faktor usia.. :)

  6. azman says:

    Saya cuma ada silau bila drive waktu malam,masalah rabun tak ade.boleh tahan harga dia yer.

  7. fendy says:

    ermm…rabun ni bole kurang kalau rajin jaga mata…try amalkan tips2 dari pakar..InsyaAllah….

  8. tehr says:

    aku rabun dekat
    pakai cermin mata bila membaca dan menulis je

    memang agak kurang selesa

  9. titan says:

    cermin mata ni dah jadi salah satu nyawa aku. tak pkai..mungkin ada nyawa orang lain yang melayangg…

  10. beckhr00y says:

    pakai kalau perlu, tapi rugi juga beli kalau tak pakai–terbaik ikut keselesaan sendiri :)

  11. zik says:

    syukur mata aku masih elok lagi… cuma masalahnya… kalau orang pasang lampu atas… risiko nak kena rabun malam memang ada… tapi aku jarang drive malam. (naik motor )..hehe

  12. sy rabun silau..kdg2 drive kene paki cermin mata.. :)

  13. Nazri says:

    aku masa form 3 dl pun pakai cermin mata sekejab… rasa kacau bila pakai, aku pun xpakai.. la dh ok, xpakaidah

    • hatiputera says:

      eloklah tu kalau dah tak perlu pakai kaca mata…rasa tak selesa kalau pakai kan.

  14. akubiomed says:

    Saya mula mengunakan cermin mata ketika tingkatan 5 akibat silau. Power kaca mata saya sekarang makin menurun cuma masalah kalau waktu malam ada kesukaran sedikit.

    • hatiputera says:

      saya pun mengalami kesukaran pada waktu malam…tetapi memang dua tiga tahun kebelakangan ini kesihatan mata semakin menurun.

  15. chii says:

    Chii pun ada rabun silau,tp msh under cntrol. So x perlu pakai spek lg. Hehe

    • hatiputera says:

      chii kena amalkan makan terung pipit .jadikan ianya sebagai ulam.

  16. sama lah…sy pun rabun jauh n silau..lebih kurang je power spek mata tuh…hehe..masalah silau ni mmg sgt ketara jika memandu malam…sy mmg x berani nak drive malam kalau lupa bwk spek..kalau terpaksa mmg bwk keta 10km/h la..hehe

  17. Hafizul says:

    emm mesti kurang selesa kan bila pakai cermin mata ni..kena ambil masa la utk sesuaikan diri..hehe

  18. Denaihati says:

    rabun jauh n silau, bahaya terutamanya memandu malam dan berselisih dgn kereta.

    • hatiputera says:

      keadaan akan jadi lebih teruk kalau memandu selepas maghrib,,,maka bermula dari sekarang bila memandu waktu malam jer mesti pakai cermin mata.

  19. cik lala says:

    Power (rabun) brp?
    kena pakai taw,kalau x nanti power dia btambah..
    cik dlu stop kejap pakai cermin mata (sbb cermin mata patah) dlm sebulan, trus power btambah..

    mula2 mmg rimas tp nti lame2 dh xblh berenggang dgn cermin mata..
    La ni dh 8thn specky ;)

  20. hatiputera says:

    power nya antara 0.75 hingga 1.00…gitulah kalau tak salah.

  21. onlajer says:

    asalam,aku pakai cermin mata dah agak lama juga lagi power dia tinggi lagi tinggi harga dia,btw hati putera duk blah mana

  22. suri says:

    lalalala.aaaa..
    nampak gayanya sy ada sahabat yang berkaca mata lagi hee…

  23. suri says:

    sy mula pakai serius dlm tahun ni ..tpi sllu pas solat kt opis mesti angkt wuduk dh selesi solat sy akan tanggalkan cermin mata..nak balik baru pakai semula heee.. mencuba utk biasakan tdk pakai cermin mata dlm keadaan agak lama sb power blh tambah cermin mata nni heee

  24. Amirez says:

    kes kita sama. dari buat pemeriksaan sampailah wifey suruh beli. saya pun cuma pakai waktu malam je sebab silau

  25. ProfHariz says:

    Silau memang bahaya kalau drive di waktu malam bro

  26. Mohd Isa says:

    woho…makin kacak la cam ni. hehe

  27. Kalau beli cermin mata beli frame yang biasa pun okey… cuma dapatkan kualiti cermin yang terbaik laaa

  28. Kes aku pelik sikit… Mata sebelah je rabun + silaw… :(

    • hatiputera says:

      lebih kurang sama tu bro,,,bila aku check bacaan 0.75 dan 1.00…tak tahu la mana ok sikit .

  29. hafizmd says:

    Ala, ok tu bro…nampak lebih kacak pe…hehe

    Aku pakai start form 3 sampailah sekarang. Alhamdulillah, power tu ada jugaklah turun tiap2 kali aku ‘terpaksa’ buat spek baru.

  30. raybanspec says:

    Penjagaan mata adalah penting. Lindungi mata dengan memakai cermin mata yang mempunyai sinaran UV protection.

    Tips Pemakaian Kaca Mata Hitam

  31. hairulafiz says:

    tak pernah nampak pakai pun…pakailah

  32. yusri says:

    lebih baik pakai cermin mata…kalau tak makin teruklah mata tu.

Speak Your Mind

*

CommentLuv badge

Blogged.my
Wordpress SEO Plugin by SEOPressor