AARON AZIZ LELAKI KACAK MEMENANGI ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2011

AARON AZIZ LELAKI KACAK MEMENANGI ANUGERAH BINTANG PALING POPULAR 2011 – Sepertimana yang diramalkan kebanyakan orang, Aaaron aziz akhirnya memenangi award yang paling berprestij di abpbh 2011 iaitu bintang paling popular 2011 di arena of star Genting Highland. Kemenangan ini pastinya akan menggembirakan hati peminat artis lelaki kacak ini.

Petikan dari mynewshub tentang lelaki kacak yang memenangi anugerah bintang paling popular 2011,,,

lelaki kacak menang abpbh 2011
Aaron Aziz dipilih sebagai Bintang Paling Popular apabila mengungguli hadiah tertinggi pada majlis tersebut dengan undian sebanyak 87,669 undi

Aktor yang cukup menyerlah lakonannya menerusi filem Ombak Rindu dan KL Gangster, Aaron Aziz memenangi gelaran Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2011 malam tadi.

Aaron, 36, warga Singapura yang mula menjadi pelakon sepenuh masa di negara ini sejak lapan tahun lalu, meraih 87,669 undi. Beliau memenangi gelaran itu selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis lain yang mendapat undi tertinggi iaitu Fizz Fairuz, Shaheizy Sam, Fasha Sandha dan Tasha Shilla.

Berikutan kemenangan itu, beliau meraih hadiah utama, kenderaan Nissan Teana 250 XV V6 berharga RM175,0000 tajaan Edaran Tan Chong Motor (M) Sdn Bhd, selain barang kemas bernilai RM250,000 tajaan Rafflesia-Mandalay berserta trofi.

Aaron yang kali pertama berlakon dalam drama tempatan berjudul Summaiyah arahan Erma Fatima pada 2004, juga buat kali pertama memenangi gelaran Pelakon Filem Lelaki Popular ABPBH 2011 apabila menyingkirkan saingan terdekatnya, Shaheizy Sam, selain tiga finalis lain – Adi Putra, Bront Palarae dan Syamsul Yusof.

Bagaimanapun, beliau tewas dalam saingan Pelakon TV Lelaki Popular apabila kategori itu dimenangi Fizz Fairuz.

Trofi Bintang Paling Popular 2011 disampaikan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Mohamad Azlan Abdullah, diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian/Berita Minggu, Datuk Mior Kamarul Shahid, pada majlis kemuncak ABPBH 2011 di Arena of Stars, di sini.

Majlis gilang gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3, Hot FM dan NSTP e-media.

ABPBH 2011 ialah edisi ke-25 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara menggabungkan pengiktirafan berdasarkan undian peminat menerusi borang disiarkan akhbar ini dan SMS untuk artis dan selebriti di negara ini yang terbabit dalam bidang perfileman, drama TV, muzik dan penyiaran.

Senarai artis lelaki kacak dan wanita cantik yang menang

Senarai lengkap pemenang:

- Bintang Paling Popular: Aaron Aziz

- Artis Duo / Berkumpulan Popular: Ning Baizura/Shila Amzah/Jaclyn Victor

- Artis Baru Wanita Popular: Tasha Shilla

- Penyampai Radio Lelaki Popular: Faizal Ismail

- Artis Komedi Wanita Popular: Didie Alias

- Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat: Datuk Sheila Majid

- Pengacara TV Lelaki Popular: Zizan

- Artis Baru Lelaki Popular: Johan Ariff As’ari

- Pelakon TV Lelaki Popular: Fizz Fairuz

- Penyampai Radio Wanita Popular: Fara Fauzana

- Pengacara TV Wanita Popular: Fara Fauzana

- Artis Komedi Lelaki Popular: Johan Raja Lawak

- Anugerah Seri Perak: Datuk Siti Nurhaliza

- Penyanyi Lelaki Popular: Hafiz

- Pelakon Filem Lelaki Popular: Aaron Aziz

- Pelakon TV Wanita Popular: Fasha Sandha

- Pelakon Filem Wanita Popular: Maya Karin

- Penyanyi Wanita Popular: Yuna

Siapakah pulak lelaki kacak di dunia blogging,,,

Tak sabar rasanya nak tunggu keputusan siapakah lelaki kacak 2012 …hahaha

• Meet the Author • Hati Putera


Nama nick saya ialah Hati Putera. Merupakan seorang juruteknik komputer bahagian perkakasan. Menulis hanyalah sekadar mengisi masa lapang. Meminati SEO dan sekarang mula belajar tentang IM. Don't forget to Follow my blog with Bloglovin and lifestyle blogs blogs


3 comments… add one

  • Tahniah A.Aziz….banyak lak tekaan aku yg tak kena kali nih…nampak sgt tak tau pasai artis…he3x!!!
    yas recently posted…Tahniah ZULFAHMI, TOP 6 Di Losail,QatarMy Profile

    Reply
  • Tahniah kepada semua lelaki kacak yang menang anugerah semalam.

    Aura Aaron aziz memang tak boleh disangkal. :)
    Malaysia Coin recently posted…20 sen siri keduaMy Profile

    Reply
  • Lelaki kacak bermaharajalela.. Tahniah Aaron Aziz :)

    Reply

Don’t Be Shy » Leave a Comment!

CommentLuv badge